10 tip memasak untuk ‘beginner’ masa PKP, persediaan awal elak kemalangan, kelam kabut
MEMASAK adalah aktiviti menyeronokkan. Melihat sajian siap dihidang dan dinikmati ahli keluarga, tentu akan memberikan kepuasan.
Namun ia bukanlah satu hal yang mudah. Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum kita memasak.
Justeru korang perlu membuat beberapa persediaan untuk mengelakkan suasana kelam kabut di dapur.
Lebih-lebih lagi bagi yang baru belajar untuk memasak, biasakan diri menggunakan teknik dan tip yang betul.
Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, tentu lebih ramai yang belajar memasak dan mencuba pelbagai resepi yang dikongsikan di laman sosial seperti Youtube dan TikTok.
Oleh itu, ikuti 10 tip ini yang boleh digunakan untuk korang yang baru belajar memasak sebelum menjadi ‘cef’ di rumah.
1.Baca keseluruhan resipi terlebih dahulu sebelum mula memasak. Ketahui bahan dan perkakas memasak yang diperlukan supaya proses memasak lebih dan tidak membazir.
2. Pupuk minat dan mulakan dengan masakan yang ringkas pada peringkat awal.
3.Sebelum masak, pastikan singki dapur kosong dan bersih. Basuh pinggan yang ada di dalam singki terlebih dahulu.
4.Sediakan bahan yang mencukupi sebelum memasak supaya korang tidak kelam kabut dan menyebabkan proses memasak terganggu.
Baca juga: 3 jenis sambal petai membuka selera. Walau berbau kuat, jadi pujaan ramai
5.Awal-awal lagi keluarkan lauk dari peti sejuk supaya ia lembut sebelum dimasak. Cuci bahan mentah seperti bawang dan sayuran kemudian potong atau kisa bahan yang diperlukan sebelum mula memasak.
6.Jika korang buat resepi yang menggunakan ketuhar pembakar, jangan lupa panaskannya selepas menyediakan bahan supaya korang mendapat suhu yang diperlukan untuk membakar. Lanngkah ini boleh menjimatkan masa.
7.Letakkan tuala lembut di bawah papan pemotong untuk mengelakkannya mudah bergerak dan menyebabkan kemalangan semasa memotong.
8.Sediakan sebiji mangkuk kosong berdekatan korang untuk digunakan sebagai bekas sampah. Cara ini lebih mudah untuk korang membuang sampah tanpa perlu ulang alik ke tong sampah.
9.Gunakan peralatan memasak seperti papan pemotong dan mangkuk yang bersaiz lebih besar untuk keselesaan.
Baca juga: Guna air fryer masak kuih mudah dan cepat. Churros, kuih bakar gerenti sedap
10.Cuci peralatan dan bahagian dapur sejurus selepas proses memasak supaya ruang dapur sentiasa bersih.
Memasak memerlukan masa dan latihan yang berterusan sebelum menguasainya. Jangan kecewa jika percubaan pertama korang gagal. Cuba lagi dan lakukan yang terbaik setiap kali memasak.
Selain itu, lakukan aktiviti ini dengan gembira, hindari stres! Buat persiapan awal agar korang tidak kelam kabut.
Lakukan apa sahaja aktiviti yang boleh membuatkan korang rasa lebih tenang ketika musim PKP ini. Paling penting, kekal berada di rumah dan jaga kesihatan diri demi kepentingan bersama.
Baca juga: Resipi biskut cip coklat ala Famous Amos, confirm jadi!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang