11 lokasi masih terima walk-in vaksin sehingga 15 September

Perancis henti gaji, tak benarkan frontliners belum suntik vaksin bertugas
Perancis henti gaji, tak benarkan frontliners belum suntik vaksin bertugas
A
A
A

VAKSINASI secara walk-in atau jumpa terus di Lembah Klang di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan tamat bermula 16 September ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, memaklumkan perkara itu dilakukan susulan trend penurunan vaksinasi ketika ini kerana ramai penduduk sudah diimunisasi setakat ini.

"Saya ingin mengumumkan bahawa program vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang akan dihentikan terus selepas 15 September ini," katanya.

Namun, PICK masih berjalan lancar seperti biasa dengan jumlah 672 buah Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) yang telah diwujudkan di seluruh negara mengikut janji temu dalam MySejahtera.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Justeru, masyarakat yang belum mendaftar untuk divaksinasi digalakkan berbuat demikian demi mencapai imuniti kelompok melebihi 80 peratus di seluruh negara.

Bagi korang yang belum mendapat janji temu dalam aplikasi MySejahtera, bolehlah walk-in dengan kadar segera sebelum 15 September ini di lokasi;

Baca juga Rugi beli kalau tak berkesan, Nano-Silver Sanitizer Spray tidak terbukti hapus Covid-19, mesti 65% alkohol ke atas

  1. Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC)
  2. Axiata Arena Bukit Jalil
  3. Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam
  4. Hotel Wyndham, Klang
  5. PPV Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  6. Dewan Seri Bernam di Sabak Bernam
  7. Stadium Tertutup Kuala Selangor
  8. Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat
  9. PPV Le Pavilion Gamuda Garden di Gombak, Bukit Beruntung Golf Resort
  10. PPV Galaxy Mall Ampang
  11. Universiti Multimedia, Cyberjaya

Ayuh, jadi individu yang bertanggungjawab untuk negara demi mencapai imuniti kelompok.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca