2 tahun sakit 'misteri,' rawatan & ubat tak berkesan, wanita tak sangka 'kulat' toksik hitam belakang almari jadi penyebab
BATUK dan bersin menyerang buat kita rasa tidak selesa. Mungkin ia disebabkan infeksi daripada virus berbahaya influenza atau selesema yang menyerang saluran pernafasan. Namun kebiasaannya, apabila dirawat ia pasti akan sembuh. Lain ceritanya dengan seorang pengguna TikTok ini. Sudah dua tahun beliau menderita 'penyakit misteri' yang menyerang tanpa sebab yang nyata.
Public Health Malaysia mendedahkan pesakit berkenaan kehairanan kenapa gejala batuk, bersin dan hidung berair masih tidak reda walaupun pelbagai rawatan telah di terima.
Rupa-rupanya belakang almari berhampiran dinding tandas sudah dipenuhi dengan debu debu hitam!
Ia merupakan kulat yang menjadi jawapan kepada 'misteri' masalah kesihatan selama dua tahun!
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh disedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengakibatkan masalah kronik seperti asma.
Tanda-tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Bolehkah kulat ini dicegah? Lakukan perkara berikut untuk menghindari pertumbuhannya:
- Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
-Sistem saliran air di bumbung perlu dipastikan lancar dan tidak melimpah.
-Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
Jika keadaan ini terjadi di kediaman anda, penting untuk mencari punca pertumbuhannya dan elakkan ia daripada menular punca tersebut.
Jika bahan fabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Sumber: Public Health Malaysia, True Organic Restoration
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang