25 soal jawab mengenai vaksin. Ini antara perkara penting kita wajib ambil tahu

A
A
A

PANDEMIK Covid-19 yang mula melanda dunia termasuk Malaysia lebih setahun lalu memberi kesan negatif kepada kehidupan rakyat dan negara dari pelbagai aspek sehingga ke hari ini.

Berdasarkan rekod, lebih 171 juta kes telah dicatatkan di seluruh dunia dengan hampir 3.68 juta kematian.

Di Malaysia pula, seramai 579, 000 orang telah dijangkiti dan meragut lebih 2,800 nyawa.

Rentetan daripada situasi itu, kerajaan baru-baru ini mengumumkan fasa total lockdown berikutan wabak pandemik Covid-19 yang sangat membimbangkan dilaksanakan di seluruh negara hingga 14 Jun depan.

Kini, ia sudah memasuki fasa kedua perlaksanaan.

Pada masa sama, kerajaan juga kini giat menjalankan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada 24 Februari lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, sebanyak 9.4 juta penerima vaksin disasarkan dalam fasa kedua kini hingga Ogos depan membabitkan beberapa golongan berisiko tinggi iaitu:

i) Warga emas.

ii) Pesakit kronik.

iii) Orang kurang upaya.

iv) Individu mempunyai komorbiditi.

Fasa ketiga PICK pula akan bermula pada Mei hingga Februari 2022 dan menyasarkan sekitar 13.7 juta penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing.

Sejak kempen pemberian vaksin dan sebelumnya pun, terlalu banyak persoalan yang dilontarkan oleh rakyat tentangnya dan hal-hal lain yang berkaitan.

Paling mendukacitakan, masih terdapat golongan antivaksin yang sanggup menolak vaksin atas alasan yang sangat tidak munasabah.

Tinggalkan golongan itu, apa kata kita sama-sama mengekang penularan virus berbahaya ini dengan mendapatkan vaksinasi.

Ya, seperti yang diperkatakan tadi, macam-macam pertanyaan yang dikemukakan sebelum atau selepas seseorang mendapat vaksinasi.

Bagi memberi pencerahan, Pegawai Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Fahmi Hassan membantu kita semua dengan menyenaraikan 25 soalan yang sering menjadi keraguan ramai berserta dengan jawapan sekali.

Jom hadam bersama-sama dan kongsi ilmu ini dengan orang terdekat dengan kita.

SOALAN 1: Perlukah makan panadol sebelum suntikan?

JAWAPAN: Tidak perlu.

SOALAN 2: Saya pernah menjadi pesakit positif Covid-19, jadi berapa lama baru boleh suntik?

JAWAPAN: Selepas 3 bulan (4 hingga 6 bulan).

SOALAN 3: Saya ada darah tinggi dan kencing manis. Bolehkah suntik vaksin?

JAWAPAN: Boleh (dengan penilaian doktor merawat atau di Pusat Pemberian Vaksin atau PPV).

SOALAN 4: Saya ada sejarah alahan ubat atau makanan. Bolehkah suntik vaksin?

JAWAPAN: Boleh (dengan penilaian di PPV).

SOALAN 5: Saya menerima arahan kuarantin akibat kontak rapat. Adakah saya boleh datang untuk menerima suntikan?

JAWAPAN: Tidak boleh (tarikh akan dijadualkan semula).

SOALAN 6: Saya ada makan ubat pencair darah. Adakah saya boleh disuntik?

JAWAPAN: Boleh (dengan penilaian doktor merawat atau di PPV).

SOALAN 7: Saya ibu hamil. Adakah dibenarkan untuk menerima suntikan?

JAWAPAN: Tidak boleh (setakat ini hanya vaksin Pfizer boleh untuk beberapa keadaan).

SOALAN 8: Saya adalah ibu yang sedang menyusukan bayi. Bolehkah saya menerima vaksin?

JAWAPAN: Boleh (melibatkan vaksin Pfizer dan AstraZeneca). Penjelasan lebih lanjut boleh dapatkan di PPV.

SOALAN 9: Saya sedang mencuba untuk mengandung. Bolehkah disuntik?

JAWAPAN: Sila dapatkan penjelasan lebih lanjut di PPV.

SOALAN 10: Saya tidak demam selepas vaksin. Apakah ia normal atau tidak?

JAWAPAN: Normal.

SOALAN 11: Berapa mililiter suntikan akan diberi?

JAWAPAN: Ia berbeza mengikut jenis vaksin (boleh bertanya kepada jurusuntik untuk pengesahan).

SOALAN 12: Saya sudah menerima vaksin, perlu mengasingkan diri atau tidak?

JAWAPAN: Tidak perlu (patuh kepada prosedur operasi standard seperti sebelum divaksin sahaja).

SOALAN 13: Berapa lama perlu menunggu untuk makan panadol?

JAWAPAN: Apabila sudah mula rasa sakit atau demam.

SOALAN 14: Bolehkah saya bersenam selepas divaksin?

JAWAPAN: Boleh (jika rasa sihat).

SOALAN 15: Adakah perlu pantang makan pedas atau lain-lain?

JAWAPAN: Tidak perlu.

SOALAN 16: Saya mempunyai masalah asma. Bolehkah divaksin?

JAWAPAN: Boleh (boleh melainkan mempunyai asma yang tidak terkawal).

SOALAN 17: Saya sudah terambil panadol sebelum suntikan. Bolehkah saya menerima vaksin?

JAWAPAN: Boleh (tidak perlu ambil tetapi jika sudah memakannya tidak mengapa).

SOALAN 18: Saya mempunyai masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan. Bolehkah saya divaksin?

JAWAPAN: Dapatkan nasihat doktor atau lakukan penilaian di PPPV.

SOALAN 19: Bolehkah saya menderma darah selepas divaksin?

JAWAPAN: Boleh (tiada jangka masa rasmi ditetapkan). Namun, saya cadangkan selepas dua minggu menerima vaksin.

SOALAN 20: Bolehkah saya ‘bersama’ dengan suami atau isteri selepas suntikan?

JAWAPAN: Boleh.

SOALAN 21: Bolehkah saya mandi selepas suntikan? Takut terkena air pada tempat suntikan.

JAWAPAN: Boleh (letakkan pek ais di tempat suntikan juga dibolehkan).

SOALAN 22: Boleh saya makan vitamin atau suplemen sebelum atau selepas suntikan?

JAWAPAN: Boleh.

SOALAN 23: Kalau tidak tahu positif Covid-19 semasa dapat vaksin pula? Adakah ia bahaya?

JAWAPAN: Tidak bahaya, tetapi vaksin tidak efektif.

SOALAN 24: Selepas saya menerima suntikan, boleh merokok?

JAWAPAN: Merokok adalah tabiat yang bahaya. Berhentilah merokok (tiada saranan berbeza sama ada sebelum atau selepas vaksin).

SOALAN 25: Saya mempunyai masalah Glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD). Boleh suntik vaksin tak?

JAWAPAN: Boleh.

Itulah antara soalan yang menjadi perbualan ramai mengenai vaksin.

Oleh itu, SinarPlus mengharapkan apabila sudah tiba masa untuk kita menerima vaksin, segeralah mendapatkannya supaya sasaran untuk mencapai imuniti kelompok dapat dipercepat dalam kadar segera.

Baca juga: #SiBibirMerah: Pakai baju sesuai untuk vaksinasi. Jangan over melaram, bukan nak ke mall

Semoga bermanfaat!

#kitalaluibersama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca