BAGI mereka yang berminat menjadi sukarelawan, ini peluang untuk korang sertai.

Kementerian Kesihatan (KKM) kini memerlukan 3,000 sukarelawan untuk membolehkan ujian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin Covid-19.

Melalui satu kenyataan, KKM berkata sesiapa saja yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun boleh menawarkan diri menjadi sukarelawan berkenaan.

Menurutnya, mereka akan menyertai ujian klinikal fasa ketiga untuk vaksin yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).

Selain itu, sukarelawan diperlukan bagi menyumbang dalam usaha mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada Covid-19.

Ujian tersebut akan bermula pada 21 Januari ini, kepada sesiapa yang berminat mereka boleh berhubung dengan sembilan hospital yang ditetapkan, iaitu:

  • Hospital Sungai Buloh, Selangor (011-1004 5343)
  • Hospital Ampang, Selangor (016-728 6617)
  • Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital, Ipoh Perak (011-6331 1654)
  • Hospital Taiping, Perak (019-854 6373)
  • Hospital Pulau Pinang, George Town (016-521 3055)
  • Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang (014-906 5518)
  • Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah (019-554 4976)
  • Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah (017-793 1938)
  • Hospital Umum, Kuching Sarawak (012-310 8108)

3,000 sukarelawan diperlukan untuk ujian vaksin Covid-19

Iklan

Menurut KKM, semua keperluan peraturan termasuk kelulusan etika Jawatankuasa Perubatan dan Etika dan Lesen Import Percubaan Klinikal dari Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan diperolehi pada 8 Januari lalu.

Fasa ketiga merupakan pusingan terakhir ujian sebelum sebarang vaksin atau ubat diluluskan untuk kegunaan umum.

Baca juga Swab test Covid-19 positif namun belum ada respon KKM, ini yang perlu anda buat

Iklan

Melalui poster KKM, ujian covid-19 adalah menggunakan kaedah PCR.

Sukarelawan turut berdepan risiko kesan terhadap suntikan vaksin seperti bengkak atau kemerahan pada kulit dan/ atau, rasa sakit, gatal pada tempat suntikan.

Antara risiko lain juga termasuklah keletihan, demam, cirit-birit dan lain-lain.

Jadi, bagi siapa yang berminat, bolehlah menghubungi senarai hospital di atas yang paling terdekat dengan korang.