RAMAI orang terpanggil untuk mengetahui status kesihatan diri di musim pandemik Covid-19 ini dengan membuat swab test.

SinarPlus percaya tiada siapa pun antara kita meminta diri atau orang tersayang dijangkiti virus ini.

Namun apabila keputusan ujian kesihatan tersebut didapati positif dan swab test itu dibuat di klinik atau hospital swasta, ini yang perlu semua tahu.

Apabila keputusan korang atau orang terdekat positif dan doktor sudah memberi notifikasi kes itu kepada Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi masih tiada yang menghubungi, usah risau!

Boleh lakukan terus dengan aplikasi MySejahtera.

Dengan Mysejahtera, korang boleh laporkan kes secara terus ke KKM.

Dan jika verifikasi berjaya, MySejahtera akan terus mendaftarkan korang sebagai pesakit Covid-19 dan KKM akan kenal pasti dalam masa terdekat.

Swab test Covid-19 positif namun belum ada respon KKM, ini yang perlu anda buat

Sementara itu, korang juga perlu tahu bahawa kini, kes Covid-19 dengan gejala ringan akan mula dirawat di rumah.

Baca juga Derma darah ketika PKP dibenarkan, ini caranya

Walaupun tiada ahli keluarga yang dijangkiti, bolehlah mula merancang keperluan persediaan berikut sekiranya ada yang dijangkiti.

1. Sediakan satu bilik khusus untuk pesakit.

2. Sediakan set pinggan, gelas, sudu yang berasingan.

3. Sediakan tandas berasingan.

Jika berkongsi tandas, bersihkan setiap kali guna.

Iklan

4. jangan kibaskan bantal, cadar dan selimut.

5. Jika ada tingkap, pastikan ia dibuka.

6. Sediakan hand sanitizer dalam bilik.

7. Lap barang-barang harian.

Iklan

8. Sediakan ubat-ubatan asas (ubat batuk, demam, selsema, sakit tekak)

9. Sediakan 1 kotak botol air mineral.

Swab test Covid-19 positif namun belum ada respon KKM, ini yang perlu anda buat

Sumber: Public Health Malaysia