TANGAN yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia manakala kanak-kanak adalah pemimpin masa hadapan. Justeru, Belanjawan 2024 tidak ketinggalan menyediakan peruntukan untuk dua golongan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan mengumumkan pelbagai insentif dan pembaharuan untuk memacu wanita yang berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan pembangunan pendidikan awal kanak-kanak.

Baca juga: Alhamdulillah, kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) naik RM3,700, bayaran pertama Februari, 10 info perlu tahu

Berikut lapan info menarik berkaitan wanita dan kanak-kanak:

1-Kerangka Ekonomi MADANI menetapkan penanda aras supaya kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh ditingkatkan kepada 60 peratus. Bagi terus menggalakkan wanita untuk kembali bekerja, galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027.

2-Had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak ditingkatkan daripada RM2,400 kepada RM3,000.

3-Pusat tahanan imigresen bukannya tempat untuk kanak-kanak. Kerajaan telah merintis program Baitul Mahabbah Jabatan Imigresen Malaysia bagi menyediakan penempatan sementara buat kanak-kanak dan akan memperluas program ini di tiga lagi pusat penempatan sementara masing-masing satu di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dengan peruntukan RM10 juta.

Baca juga: Berita baik! Akaun KWSP Fleksibel boleh diakses bila-bila masa, 8 info wanita perlu tahu

4-Pendidikan awal kanak-kanak akan terus diberi perhatian. Bagi tahun hadapan, KEMAS akan diperuntukkan sebanyak 586 juta ringgit.

5-Sebanyak 10 buah TABIKA dan TASKA baharu dengan kos RM31 juta akan dibina antaranya di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, Terengganu; Felda Jelai 1, Tampin, Negeri Sembilan dan Taman Kota Masai, Johor Bahru, Johor.

6-Sejumlah RM20 juta turut disediakan bagi menaik taraf premis Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS.

Iklan

7-Tahun hadapan, sebanyak 26 buah prasekolah baharu di bawah Kementerian Pendidikan akan dibina melibatkan kos RM82 juta di:
• Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong, Simunjan, Sarawak.
• Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, Kuantan, Pahang.
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chabau, Melaka.

8- Penghayatan pendidikan Islam dan ilmu al-Quran akan terus diperkasakan sejak awal usia. Kerajaan akan melaksanakan Program Pra Tahfiz KEMAS dengan peruntukan RM20 juta dengan sasaran untuk melahirkan 100 ribu hufaz cilik menjelang 2026.

Baca juga: ‘Hutang mesti dibayar,’ rebut 3 kategori diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN

Kredit foto utama: Pexels

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!