4 ciri orang perangai toksik wajib elak di tempat kerja, jenis nombor 3 tu abaikan terus

BILA di tempat kerja, berhadapan dengan team yang mempunyai ciri-ciri orang toksik sangat memenatkan.

Mana taknya, persekitaran tempat mencari rezeki menjadi tempat yang penuh dengan stres! Setiap hari nak pergi ke tempat kerja pun boleh hilang mood.

Jadi, jika anda berada di tempat kerja yang baharu atau tiba-tiba rasa tak seronok bekerja, anda perlu perhatikan ada beberapa ciri orang toksik di tempat kerja.

Elok elakkan sahaja bertemu dengan mereka ini supaya kesihatan mental kita pun terjaga.

Ciri-ciri orang toksik

1) Suka gossip

Suka menyebarkan fitnah dan cakap negatif dekat belakang kita. Lebih baik elakkan orang macam ni, sebab mereka boleh jadi punca hostile work environment dan rosakkan relationships between coworkers.

2) Pengadu atau suka complain

Orang macam ni mesti selalu nak cari point dan selalu tak puas hati. Mereka ni boleh downkan morale of the team jadi jadi susah untuk fokus kerja.

3) Narcissist

Yang jenis pentingkan diri sendiri dan suka tarik perhatian orang. Dia akan ambil kredit dari kerja orang lain dan suka memperkecilkan orang lain supaya orang nampak dia sahaja yang bagus.

4) Pembuli

Orang yang suka menghina dan mengancam rakan sekerja. Kalau ada kes macam ni, sebaiknya buat aduan pada management.

Baca juga Gangguan seksual di tempat kerja, pengamal undang-undang dedah tindakan boleh dibuat

Kredit foto: Andrea Piacquadio

Bagaimana cara untuk anda menghadapi orang toksik?

1. Kenal pasti ciri yang menjadikan anda sebagai mangsa atau sasaran mereka

Ingatlah bahawa dengan menilai ciri diri anda tidak bermakna anda sememangnya salah dan membenarkan individu lain untuk sentiasa menyalahkan anda.

Adakalanya, sikap anda yang bersifat ‘melayan’ menjadikan diri anda sebagai sasaran mudah individu toksik ini untuk melepaskan kemarahan dan vibe negatif mereka.

Ini kerana anda kelihatan seperti terlalu baik atau tidak mempunyai pendirian yang kukuh.

Lebih baik jika anda kelihatan mempunyai pendapat, pendirian atau jati diri yang kukuh agar orang toksik ini tidak sewenang-wenangnya mempergunakan anda.

2. Percayakan perasaan dan naluri anda sendiri

Ada individu yang terpaksa berada dalam perhubungan rakan sekerja yang bersifat toksik kerana mereka kurang percayakan diri mereka sendiri.

Mereka cuba untuk merasionalkan kelakuan toksik rakan sekerja mereka atau sering memberikan peluang yang tidak berasas.

Inilah saat di mana anda sepatutnya berhenti daripada bertindak sebegitu. Anda tidak boleh sering memaafkan kelakuan mereka atau sentiasa berfikiran positif sepanjang masa terhadap kelakuan negatif mereka.

Memberikan peluang itu sememangnya baik, tetapi perlulah ada hadnya agar tidak wujud keadaan di mana ‘mereka memijak kepala anda’.

3. Tetapkan sempadan atau pelan untuk diri anda

Sesetengah daripada kita mungkin terpaksa berhadapan dengan orang toksik seperti ini setiap masa.

Boleh jadi individu tersebut adalah rakan di sebelah meja kerja anda di mana anda terpaksa melayan kerenahnya setiap hari.

Cara terbaik adalah dengan menetapkan sempadan tertentu bagi kelakuan atau tingkah laku mereka yang anda rasakan melampau.

Iklan

Anda tidak perlu bersikap kasar atau biadap dengan mereka, hanya perlu bersifat tegas dan tetap pendirian. Nyatakan apa yang benar dan apa yang salah terhadap perlakuan mereka.

Dalam situasi tempat anda bekerja, jika anda rasakan tindakan individu ini sudah berlebihan, salurkan aduan kepada saluran yang betul seperti ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Baca juga Ibu-ibu lega, daycare di tempat kerja dipermudah, subsidi yuran taska RM180 sebulan, 10 info perlu tahu

kerja dari rumah

4. Elakkan sikap normalisasi

Anda mungkin seorang yang baik hati sehinggakan bersikap positif sepanjang masa walaupun anda ditimpa bencana.

Mempunyai individu yang bersikap toksik di sekeliling anda juga ibarat satu bencana kerana ia akan menggalakkan anda untuk sentiasa berfikir positif setiap masa walaupun ia jelas salah.

Jangan sesekali menormalkan setiap tindakan salah yang dilakukan oleh individu-individu toksik ini.

Mereka mungkin berkata seperti, “Alah, cakap sikit je pun, takkan nak terasa hati” untuk menormalkan tindakan mereka.

Tetapi ingat, anda tidak perlu untuk mengiyakan segala kata-kata mereka. Salah tetap salah!

Iklan

5. Teruskan hidup anda tanpa mereka

Sekiranya hidup anda merana disebabkan oleh sikap orang toksik ini, tanya diri anda adakah anda masih memerlukan mereka dalam hidup anda?

Adakala anda mungkin perlu memaafkan, bersabar dan memberikan mereka masa, dengan harapan agar mereka dapat berubah secara perlahan-lahan. Tetapi persoalannya, sampai bila?

Jika ia kelihatan seperti janji yang tidak kunjung tiba, jangan tunggu lagi dan teruskan hidup anda tanpa mereka. Anda perlu tahu, ada masanya lebih baik untuk anda melepaskan sesuatu daripada terus memegangnya.

Jadi, anda pernah ada tak persekitaran kerja yang dipenuhi orang toksik?

Kalau ada, salah satu caranya untuk buat mereka terdiam adalah menunjukkan kejayaan anda!

Baca juga 10 teknik hilangkan rasa malas di tempat kerja, jaga bau badan juga penting! 

Sumber: Twitter @Ainaaaaaaz, Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!