5 cara atasi sakit tekak lagi-lagi cuaca yang semakin tak menentu sekarang

A
A
A

CUACA panas terik ketika pagi dan tiba-tiba hujan lebat sebelah petang pastinya boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit kepada setiap individu. Antaranya sakit pada bahagian tekak.

Itu satu hal. Era Covid-19 kini, sakit tekak merupakan satu kebimbangan teruk kerana ia juga merupakan salah satu simptom jangkitan virus berbahaya itu.

Pun demikian, usah gelabah. Ia pasti boleh dirawat sendiri sebelum anda hadir berjumpa dengan doktor.

Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Leher, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Dr Ezairy M Sallih tampil membuat perkongsian di laman Facebooknya.

DR Ezairy.

Berikut rawatan awal yang boleh dilakukan mengikut saranan pakar itu:

i) Kumur dengan air garam.

Caranya, ambil sedikit garam lalu campurkan ia dengan segelas air suam.

"Kajian Randomised Controlled Trial (RCT) yang saya jalankan sendiri menggunakan sodium chloride 3.0 peratus (air garam) mampu mengurangkan simptom sakit tekak akibat jangkitan non-bacterial pharyngitis pada tekak," terangnya.

ii) Makan aiskrim.

Sebenarnya, soothing effect dan agen penyejuk pada aiskrim dapat legakan perit pada tekak.

iii) Lozenges.

Dengan memberi ubat itu di farmasi, sakit tekak dapat dikurangkan mengikut kekerapan yang disarankan.

Jadi, hisap atau kulum dalam mulut dan lozenges akan larut secara perlahan-lahan apabila dihisap.

Ada juga lozenges yang boleh dikunyah dan ditelan bergantung kepada jenis lozenges yang digunakan.

iv) Berkumur.

Selain itu, ubat kumur seperti listerine, thymol dan difflam boleh digunakan untuk mengurangkan gejala sakit tekak.

"Biasanya saya akan nasihatkan pesakit untuk menggunakan sebelum dan selepas makan," ujarnya.

v) Ubat.

Ubat antibiotik akan diberi selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat tanda jangkitan bakteria.

"Memandangkan kebanyakan masalah sakit tekak adalah akibat jangkitan virus, penggunaan antibiotik sebenarnya jarang dilakukan," katanya.

Oleh itu, buat semua pembaca SinarPlus yang kerap mengalami masalah sakit tekak, cubalah amalkan beberapa kaedah yang disyorkan oleh Dr Ezairy itu.

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada anda semua.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca