6 info Universiti Harvard yang berprestij, terima enam pelajar Malaysia tahun ini

A
A
A

UNIVERSITI Harvard ialah institusi pengajian tinggi tertua di Amerika Syarikat dan dianggap salah sebuah universiti terbaik di dunia.

Ia bukan menerima kemasukan pelajar dari Amerika Syarikat, malah turut mengambil pelajar-pelajar dari seluruh dunia termasuk Malaysia!

Universiti Harvard diasaskan pada 8 September 1636. Nama awalnya ialah New College ditukar kepada Universiti Harvard pada tahun 1639.

Baca juga: Forbes Nobat Wanita Malaysia Antara 20 CEO Cemerlang Asia Pasifik

Berikut enam info menarik mengenai universiti ini;

1. Universiti yang terletak di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat itu antara universiti berprestij di dunia.

2. Ia dalam kedudukan ke-6 mengikut Times Higher Educations (THE) dan termasuk dalam Ivy League. Ivy League hanya dianggotai oleh lapan universiti di Amerika Syarikat yang mengutamakan tiga aspek berikut: kecemerlangan akademik, syarat masuk yang ketat dan status elit pemohon.

3. Terdapat sembilan fakulti yang telah ditubuhkan sejak abad ke-19 sehingga kini.

4. Ia adalah Fakulti Seni dan Sains Harvard, Sekolah Perubatan Harvard, Harvard Divinity School, Harvard Law School, Harvard Business School, Harvard Graduate School of Design, Harvard Graduate School of Education, Harvard School of Public Health hingga Kennedy School of Government.

5. Pada tahun 2018, Harvard menerima dana pendidikan terbesar di dunia iaitu berjumlah USD$38.3 bilion (RM167 bilion) dari kerajaan dan syarikat swasta untuk membiayai semua aktiviti akademik, kajian dan bantuan kewangan kepada pelajarnya.

6. Sistem perpustakaan Harvard mempunyai 17 juta buku dan rak buku sejauh 55 batu.

ANAK MALAYSIA DI HARVARD

Pada 20 Mei 2020, dua pelajar muda Malaysia, Mohamed Aqil Azmi dan Zad Chin Qi Qi telah diterima masuk ke Harvard University. Kedua-dua pelajar itu akan menjadi sebahagian daripada kelas sarjana muda bagi tahun 2024.

Manakala Jarell Cheong Tze Wen, pelajar dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi, pelajar dari Kuantan ditawarkan tempat di universiti berkenaan bagi tahun pengajian sarjana muda 2025.

Baca juga: 2 kali tolak peluang ke Oxford, kini Syed Saddiq terima tawaran biasiswa universiti di Singapura

Terbaru, enam pelajar negara ini terpilih bakal pelajar peringkat ijazah Sarjana Muda Universiti Harvard ialah Chooi Je Qin dari Johor; Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang; Carisma Michaela Wong dari Sabah; Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur dan Alyssa Yap Xin Yi dari Sarawak.

Kesemua pelajar berkenaan akan menamatkan pengajian di Harvard pada 2026.

Seorang daripada penemuduga Alumni Harvard College untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob berkata enam pelajar tersebut dipilih daripada 61,220 pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 adalah yang terendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus.

Antara tokoh dunia berkelulusan universiti ini ialah Barack Obama. Manakala selebriti pula ialah Tommy Lee Jones, Natalie Portman dan Matt Damon.

Bukan calang-calang anak Malaysia yang layak melanjutkan pelajaran ke universiti hebat ini. Selain pencapaian akademik cemerlang, mereka perlu mempunyai skil kepimpinan yang kuat dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial atau sukarela.

Baca juga: 8 Tip Beli Laptop Terpakai Pelajar Universiti, Lebih Murah Sesuai Bajet

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca