HARI Arafah ialah yang jatuh pada 9 Zulhijjah ialah hari jemaah haji akan berwukuf di Padang Arafah.

Pada hari Arafah, pintu langit terbuka luas, malah dosa-dosa juga diampuni.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Hari Arafah mempunyai pelbagai kelebihan antaranya:

Pertama: Hari Arafah adalah rukun daripada haji

Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:

الحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya: ‘Haji adalah Arafah.’ [Riwayat al-Tirmizi (814)]

Kedua: Hari Arafah adalah hari agama ini telah sempurna

Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:

يَا أَمِيرَ المُؤْمِنِينَ، آيَةٌ فِي كِتَابِكُمْ تَقْرَءُونَهَا، لَوْ عَلَيْنَا مَعْشَرَ اليَهُودِ نَزَلَتْ، لاَتَّخَذْنَا ذَلِكَ اليَوْمَ عِيدًا. قَالَ: أَيُّ آيَةٍ؟ قَالَ: “اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا” [المائدة: 3] قَالَ عُمَرُ: قَدْ عَرَفْنَا ذَلِكَ اليَوْمَ، وَالمَكَانَ الَّذِي نَزَلَتْ فِيهِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ قَائِمٌ بِعَرَفَةَ يَوْمَ جُمُعَةٍ

Maksudnya: ‘Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu?
Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.’ [Riwayat al-Bukhari  (43) dan Muslim (5334)]

Ketiga: Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam

Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]

 

 

Kredit foto: Pexels

Baca juga: Ambil peluang mustajab hari Arafah, ini checklist 10 doa terbaik kaum Hawa amalkan

Keempat: Hari Arafah adalah hari penyaksian   

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

اليَوْمُ المَوْعُودُ يَوْمُ القِيَامَةِ، وَاليَوْمُ المَشْهُودُ يَوْمُ عَرَفَةَ، وَالشَّاهِدُ يَوْمُ الجُمُعَةِ
Maksudnya: “Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari  Mayshud adalah hari Arafah serta  al-Syahid adalah hari Jumaat”. [Riwayat al-Tirmizi (3262)]

Kelima: Kebesaran berdoa di hari Arafah

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Keenam: Puasa hari Arafah hapus dosa setahun sebelum dan selepas

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]

Ketujuh: Hari keampunan dan pelepasan daripada api neraka      

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: ‘Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah.’  [Riwayat Muslim (2402)]

Baca juga: Manfaatkan hari-hari istimewa bulan Zulhijah, waktu terbaik kumpul pahala, 5 perkara wanita perlu tahu

6 AMALAN DIANJURKAN PADA HARI ARAFAH

Kredit foto: Pixabay 

Betapa banyaknya kelebihan hari Arafah iaitu satu hari yang istimewa sebagaimana bulan Zulhijah.

Bagi memurnikan lagi hari Arafah, lakukan beberapa amalan yang dianjurkan iaitu:

1-Menggandakan amal ibadah

2-Memperbanyakkan sedekah

3-Melipatgandakan zikir

Iklan

4-Memperbanyakkan istighfar

Kredit foto: Unsplash

5-Berusaha menggandakan doa

Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Manfaatkan waktu ini sebaiknya dengan berdoa dan meminta kepada ALLAH keampunan.

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, ambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu.

Bahkan anda digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang mengehadkannya.

“Sebaik-baik doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوْتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر

Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tiada sekutu bagi-NYA, milik-NYA kekuasaan dan milik-NYA segala pujian dan DIA Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Riwayat Al-Tirmizi)

6-Berpuasa sunat hari Arafah

Puasa Hari Arafah sangat dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW kerana padanya terdapat fadilat yang besar.

Iklan

Daripada Abu Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, Apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

‘Puasa pada hari tersebut (Hari Arafah) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.’

Puasa hari putih

Justeru wanita jangan lupa merebut peluang berpuasa pada 28 Jun 2023 ini ya!

Marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadah seperti puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan doa, zikir memuji ALLAH dan bersedekah.

Ayuh merebut peluang dan kesempatan ini agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.

Baca juga: Wanita ingin puasa ganti atau sunat kena minta izin suami, ini sebabnya

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah, JAKIM 1, 2

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!