6 tip penunggang motosikal semasa hujan elak kemalangan

A
A
A

KEADAAN cuaca akhir-akhir ini kerap hujan dan ribut petir disebabkan peralihan monsun.

Ia susulan fenomena La Nina (hujan berintensiti tinggi) dan Fasa Monsun Timur Laut menyebabkan hujan lebat dan ribut petir yang sedang berlaku di beberapa kawasan di negara ini.

Justeru bagi korang yang menunggang motosikal, jangan abaikan keselamatan semasa hujan. Berikut lima tip yang boleh korang gunakan sekiranya perlu menunggang motosikal ketika hujan.

1. LAMPU SENTIASA NYALA, TOPI KELEDAR ADA ‘VISOR’

Baca juga: Banjir, air deras jangan sesekali redah, 10 perkara ini penting elak kereta hanyut dibawa arus

Pasang lampu motosikal bagi membolehkan korang dilihat oleh pengguna jalan raya lain.

Selain itu, pastikan korang memakai topi keledar yang mempunyai' visor' untuk mengelakkan penglihatan terganggu.

2.PERHATIKAN LOPAK AIR DAN LUBANG

Tunggang perlahan. Jangan sesekali cuba menyeberang banjir dan mempunyai lopak air. Keadaan basah akan mengurangkan cengkaman tayar, manakala lubang jalan yang digenangi air akan menyebabkan korang terjatuh daripada motosikal. Pastikan korang benar-benar mengawasi dua situasi berkenaan ketika hujan.

3.JANGAN REDAH SEMBARANGAN

Jangan sesekali meredah banjir (yang tidak kelihatan dasar jalan) walaupun korang mungkin sudah biasa dengan laluan tersebut.

Jika terpaksa, perhatikan dulu mana-mana kenderaan lebih besar seperti kereta melalui kawasan tersebut. Amati dua perkara iaitu paras air dengan rim dan kedua, kedudukan badan kereta yang mungkin sedikit tenggelam. Jika terlalu dalam, elakkan melaluinya dan cari laluan alternatif lain.

4. ELAKKAN AIR

Cuba kekalkan laluan menunggang atas permukaan jalan yang tidak berair seboleh mungkin. Ini untuk mengekalkan cengkaman tayar supaya motosikal sentiasa dalam kawalan kerana kita sendiri tidak tahu bilakah masa perlu membrek dan memecut.

5. HATI-HATI DI SIMPANG JALAN, LAMPU ISYARAT

Ingat bahawa permukaan jalan selepas hujan sebenarnya lebih licin berbanding cuaca normal kerana wujudnya kesan minyak yang tertinggal.

Dari mana datang minyak itu? Ia menitik keluar dari pelbagai kenderaan yang bergerak atas jalan raya terutamanya di kawasan persimpangan jalan atau di lampu isyarat kerana minyak kerap menitik atau tumpah ketika kenderaan berhenti.

Jangan lupa selalu perhatikan cermin sisi untuk memantau keadaan kenderaan di belakang yang berisiko menggelincir dan menghentam motosikal korang. Mesti sentiasa berjaga-jaga dan siap sedia dengan sebarang kemungkinan.

6. PARKIR DI BAWAH JAMBATAN KETIKA HUJAN

Jika berhenti di bawah jejambat, penunggang motosikal dinasihatkan berada di luar kawasan lebuh raya.

Tinggalkan motosikal dengan memarkirnya pada bahagian bahu jalan. Elakkan duduk di atas motosikal semasa berhenti berteduh kerana ia meningkatkan risiko dilanggar oleh kenderaan lain.

Baru-baru ini dua penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang berteduh bawah jejambat di kilometer (km) 92.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, di Sungai Petani, Kedah.

Akibatnya, lori berkenaan terbabas ke tepi lebuh raya dan merempuh beberapa penunggang motosikal sehingga menyebabkan mereka tercampak ke dalam longkang berhampiran.

Salam takziah buat keluarga penunggang motosikal terbabit.

Kepada penunggang motosikal yang lain, jangan culas dalam menjaga keselamatan diri. Semoga panduan ini bermanfaat.

Baca juga: Waspada! La Nina berterusan hingga Mei, angin kencang, hujan lebat dijangka di Pantai Timur, Sabah, S’wak

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca