KOMUNIKASI adalah kunci utama hubungan ibu bapa dan anak.

Untuk itu, ibu bapa perlu tahu cara yang efektif untuk berkomunikasi dengan anak.

Komunikasi akan efektif dan efisien di antara ibu bapa dan anak jika kita mengambil kira beberapa perkara yang berkaitan dengan sifat semula jadi anak-anak.

InsyaaAllah, jika kita cuba untuk memahami dan bertindak dengan sewajarnya, kita  mampu menyampai mesej dengan berkesan terhadap mereka.

Mari kita tengok perkongsian Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Ashikin Hashim tentang tujuh perkara yang sangat penting ketika kita berkomunikasi dengan anak:

1. Mulakan seawal mungkin.

Walaupun anak masih bayi dan tidak boleh bercakap lagi,  tapi itu bukan penghalang untuk kita berbual-bual dengannya.

Apatah lagi untuk anak yang sudah boleh bercakap, berbual la. Galakkan dan nikmati  hidup dengan berbual-bual dengan mereka.

2. Sentiasa teruja.

Apa pun yang anak ingin ceritakan, sentiasalah teruja dengan  cerita mereka. Mereka pasti rasa bahagia kerana kita meraikannya.

7 benda asas ibu bapa kena buat ketika berkomunikasi dengan anak

3. Adakan masa yang istimewa untuk berbual-bual.

Luangkan masa ketika dalam kereta,  makan, menonton televisyen dan bermain bersama sebagai waktu khas kita bercerita  dengan anak.

4. Ada ‘eye contact’ dan ‘body contact’ dengan anak ketika berkomunikasi.

Pandanglah  wajah dan matanya. Sesekali pegang tangan dan sentuh kulitnya ketika berkomukinasi  dengannya.

Iklan

5. Jadilah pendengar yang sabar.

Kadangkala anak megambil masa untuk menceritakan  sesuatu. Sabarlah. Bantu jika perlu.

Artikel berkaitan: Hanya guna jam pintar ibu bapa boleh pantau keselamatan anak-anak

6. Bantu mengekspresikan diri.

Kadangkala anak tidak tahu bagaimana mengekspresi diri  dengan cerita. Suka tetapi wajah tidak menunjukkan suka, kecewa tapi tidak seperti  kecewa. Kita bantu mereka untuk mengekspresi diri mereka.

7. Jauhkan gajet ketika anak kita ingin bercakap dengan kita. Tunjukkan kepadanya  bahawa mereka lebih utama.

Iklan

* Sudahkah kita mendengar cerita anak kita hari ini?

Semoga bermanfaat.