TUJUH jenis sayur-sayuran yang paling tinggi khasiatnya, semua orang wajib mengambilnya dalam seharian terutama kaum wanita.

Meskipun ramai sudah tahu khasiat sayur-sayuran pada tubuh badan, namun masih ada yang mungkin tidak gemar untuk mengambilnya.

Sebenarnya, anda perlu ubah mentaliti dan selera untuk makan lebih sayur kerana memang banyak manfaat individu boleh dapat daripadanya.

Untuk pengetahuan semua, tubuh badan manusia amat memerlukan nutrien-nutrien penting seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, serat dan air untuk terus kekal sihat.

Ajaibnya, kebanyakan nutrien di atas ini wujud di dalam sayur-sayuran yang seterusnya akan bawa banyak manfaat terutama dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan kita.

Disebabkan itu pula, individu dinasihatkan untuk mula makan sayur sejak dari usia kecil lagi. Jika tidak, anda berisiko untuk memiliki tubuh badan yang terbantut berbanding orang lain.

Menurut ramai pakar juga, sekurang-kurangnya separuh daripada pinggan hidangan seharian perlu diisi dengan manfaat dan khasiat sayur-sayuran. Namun, sayur jenis apa yang terbaik?

Ini antara contoh jenis sayur yang terbaik;

1. Cendawan

Cendawan memang tinggi dengan protein, kalsium, zat besi serta vitamin B dan D. Disebabkan itu pula, tumbuhan ini memang bagus untuk otot dan tulang.

Wujud banyak jenis cendawan yang sihat-sihat belaka namun yang paling terkenal adalah Shiitake yang biasa diekstrak dan dibuat herba ekoran kemampuannya dalam meningkatkan sistem imun.

2. Bayam

Bayam merupakan sumber mangan serta pelbagai jenis vitamin seperti A, B dan K. Satu mangkuk sayur ini dengan berat 30 gram dipercayai mampu memenuhi lebih separuh keperluan vitamin di atas.

Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan sangat bagus untuk ibu hamil ekoran kandungan folat tinggi yang mampu menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin lantas mengelak bayi lahir cacat.

Baca juga Susu boleh hilangkan rasa tangan pijar akibat cili? Kena baca penjelasan doktor ini

kubis

3. Brokoli

Brokoli merupakan salah satu jenis sayur yang penuh khasiat dalam bentuk vitamin A, C dan folat. Maka, ia sangat bagus untuk kesihatan mata, kulit, tulang, sistem saraf serta ibu mengandung.

Apa yang lebih menarik, ia adalah sayur yang mungkin paling menarik perhatian golongan anak kecil ekoran tekstur dan rasa yang menarik. Ibu bapa boleh jadikan ia sayur pertama si kecil anda.

4. Kailan

Jangan tidak tahu bahawa kailan adalah sayur yang digelar paling sihat di dunia! Ini kerana sayur ini bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral bahkan juga sifat antioksidan berupa lutein dan betakarotena yang mampu melindungi sel dari radikal bebas.

Disebabkan itu pula, tubuh badan individu mungkin akan kurang risiko untuk mengalami masalah keradangan sekali gus menurunkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, kanser dan lain-lain.

Iklan

5. Kubis

Merupakan sayur yang paling popular di dunia, kubis terkenal dengan rasa yang agak pahit ekoran tinggi dengan zat glukosinolat yang mampu membantu mencegah kanser. Tambahan itu lagi, ia sudah tentu tinggi dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Menurut kajian, kubis yang telah difermentasikan seperti hidangan kimchi mampu menguatkan sistem imun, penghadaman serta pencernaan. Dalam erti kata lebih mudah, ia bagus untuk tubuh badan khususnya perut.

Baca juga Sedapnya, ibu perlu tahu 7 sebab kenapa perlu beri anak air kelapa setiap minggu

Buat jagung manis sendiri di rumah, guna 5 bahan mudah sahaja

6. Jagung

Siapa sahaja yang tidak suka dengan sayur berwarna hijau di luar dan kuning di dalam ini bukan? Ia dipercayai mampu membekalkan sumber tenaga yang sangat banyak untuk tubuh badan.

Ini adalah disebabkan kandungan karbohidrat dan protein yang amat tinggi. Antara lain manfaat sayur ini adalah ia mampu menguatkan tulang, membina otot, menambah antibodi dan lain-lain.

Iklan

7. Pak choy

Pak choy atau lebih popular dengan nama sawi putih di dalam kalangan orang kita ini kaya dengan vitamin K, zat besi, kalsium dan fosforus yang kesemuanya bagus untuk tulang yang sihat.

Dalam pada itu, ia juga kaya dengan mineral selenium jika mahu dibandingkan dengan sayur lain. Selenium mampu meningkatkan daya tahan tubuh badan dan mengurangkan risiko kanser.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hellodoktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.