7 risiko kesihatan guna minyak masak lebih 3 kali, mak-mak wajib tahu

A
A
A

TUJUH risiko untuk kesihatan diri apabila menggunakan minyak masaklebih daripada tiga kali.

Isu minyak masak kini masih menjadi topik hangat. Mana tidaknya, harga minyak masak sawit botol di pasaran ketika ini semakin mahal sehingga membebankan pengguna.

Walaupun minyak masak pek polibeg 1 kg masih kekal pada harga RM2.50, namun sana-sini rungutan orang ramai mengatakan minyak tersebut sentiasa tiada stok di pasaran.

Pun begitu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi dijangka pulih dalam masa terdekat.

Hal tersebut berlaku ekoran pembelian panik yang dilakukan oleh pengguna lantaran pemansuhan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram sejak 1 Julai lalu.

Susulan peningkatan harga minyak masak yang terlalu tinggi ketika ini (hampir RM43 bagi 5kg), Public Health Malaysia menerusi hantaran di Facebook mengingatkan para peniaga agar tidak akan menggunakan minyak masak berulang kali sebagai langkah penjimatan.

Baca juga Minyak masak mahal, Dr Fatimah kongsi kebaikan guna air fryer

7 risiko kesihatan guna minyak masak lebih 3 kali, mak-mak wajib tahu

Bukan setakat peniaga, mak-mak selaku chef di dapur rumah masing-masing juga wajib mengambil tahu risiko yang menanti kepada kesihatan diri dan keluarga.

Menurutnya, semasa menggoreng minyak masak melepaskan sisa toksik yang dipanggil aldehydes yang mana sisa toksik itu akan tertinggal di dalam minyak.

Makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak yang diguna semula ini pula akan menyerap sisa toksik tersebut. Inilah bahan bahaya yang menyebabkan kanser!

Selain itu, radikal bebas yang dihasilkan akan menyebabkan radang dalam tubuh. Akibatnya, seseorang itu boleh mendapat penyakit seperti masalah kegemukan, kencing manis, strok dan jantung.

Jika diperhatikan semula, tekak akan berasa perit dan pedih selepas makan makanan bergoreng yang menggunakan minyak masak berulang. Ini adalah disebabkan keadaan berasid minyak masak terpakai.

Jangan guna minyak masak berulang kali, ini bahaya!

Secara ringkasnya, ini 7 risiko penggunaan minyak masak lebih tiga kali;

1. Risiko kanser

2. Penyakit jantung

3. Kolestrol meningkat

4. Hasil radikal bebas menyebabkan radang

5. Pembentukan Lemak-Trans

6. Penyakit alzheimer, parkinson

7. Salur darah tersumbat (atherosclerosis)

Oleh itu, elakkan penggunaan minyak masak lebih tiga kali. Minyak terpakai itu boleh dijual atau diproses untuk menjadi lilin, sabun atau bahan-bahan lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca