MASIHKAH anda ingat kejadian yang jarang berlaku melibatkan seorang wanita melahirkan lapan bayi dalam satu masa ketika dahulu?

Ya, kisah tersebut berlaku lebih dari satu dekad yang lalu iaitu sekitar tahun 2009.

Nadya Suleman atau lebih dikenali sebagai Octomom menjadi tular ketika itu setelah melahirkan lapan bayi. Dan kini anak-anaknya sudah menjangkau usia 11 tahun.

Nadya turut berkongsi gambar lapan anak-anak bongsunya di media sosial sambil tersenyum semasa keluar bersama.

Menerusi akaun Instagramnya, Nadya turut berkongsi nama anak-anak bongsunya iaitu Nuh; Yunus; Yeremia; Yosia; Yesaya; Makai; Nariyah dan Maliyah.

Menurut akhbar New York Times, Nadya kini mempunyai 14 orang anak dan dia secara berkala mendokumentasikan kehidupan keluarganya di Instagram.

Namun, dia hanya mampu menangkap beberapa gambar anaknya dalam satu masa dan harus keluar dalam kumpulan yang lebih kecil.

Terdahulu, lapor laman Worldation, Nadya telah berkahwin pada tahun 1996 dengan Marcos Gutierrez, tetapi kemudian bercerai pada tahun 2000.

Iklan

Ketidakupayaannya untuk memiliki anak biasanya menjadi salah satu pencetus perceraian lalu dia membuat keputusan untuk memulakan program Persenyawaan in vitro (IVF).

Hasilnya, Nadya berjaya mendapatkan 6 orang anak dari 5 embrio yang ditanamkan di rahimnya secara berturut-turut sejak tahun 2001.

Iklan

Berhajat ingin menambah satu bayi lagi, Nadya kemudian memutuskan untuk kembali menjalani program IVF berkali-kali. Hasilnya, bukan hanya satu yang dia dapat, tetapi 8 bayi kembar sekali gus dari 6 embrio yang ditanam ke dalam rahimnya.

Sumber: @MattfromKC