8 tip beli laptop terpakai pelajar universiti, lebih murah sesuai bajet

A
A
A

PEMBELAJARAN dalam talian sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu. Peningkatan ketara  dilihat terutamanya sejak pandemik Covid-19 melanda.

Penularan wabak ini memaksa institusi pendidikan seperti sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) meningkatkan pembelajaran dalam talian.

Walaupun bakal beralih kepada fasa endemik, pembelajaran secara dalam talian (online learning) sentiasa penjadi opsyen. Justeru, penggunaan peranti seperti komputer riba adalah satu kemestian.

Baca juga: 12 info terkini pengeluaran khas KWSP, bakal dibayar sekali gus

Harganya tidak murah. Justeru sebelum membuat sebarang pembelian, pastikan ia boleh menampung keperluan pembelajaran dan sesuai dengan bajet.

Fasa pemulihan yang dilalui menyaksikan sesetengah daripada kita sedang berusaha untuk bangkit.

Bukan semua mampu untuk membeli sebuah komputer peribadi baru dengan harga mencecah ribuan ringgit. Pembelian komputer riba terpakai jauh lebih murah dan boleh dijadikan opsyen.

Bersama ini SinarPlus kongsikan lapan tip pembelian komputer riba terpakai yang perlu pembelian komputer terpakai yang boleh dijadikan panduan.

1. PENGGUNAAN

Perkara ini memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan komputer yang hendak dibeli. Bagi kegunaan pelajar IPT. Adakah ia melibatkan urusan tugasan, menaip, ‘browsing’ atau memerlukan penggunaan software yang lebih terkini dan berat kerana jurusan yang dipelajari. Sekiranya ia memerlukan penggunaan software tertentu, spesifikasi komputer yang tinggi lebih diperlukan.

2. JANGKA HAYAT JAMINAN (WARRANTY)

Perkara yang perlu diambil kira ialah jangka hayat jaminan atau 'warranty.' Seboleh-bolehnya pilih jangka hayat jaminan yang panjang kerana ia bermaksud komputer riba tersebut tahan lama.

3. PROCESSOR (CPU)

Bagi tahun 2020 ke atas, CPU komputer riba yang disyorkan ialah AMD Ryzen. Intel Core i3 iaitu kelas sederhana ke atas adalah disarankan.

4. STORAGE

Banyak pilihan berkenaan dengan storan fail. Komputer riba biasanya menggunakan Hard Disk Drives (HDD) atau Solid State Drives (SSD).

HDD adalah teknologi lama namun sesuai untuk menyimpan fail seperti gambar, video dan fail seumpama. Bagi pelajar, ia sudah memadai. Bagaimanapun SSD lebih laju.

5. RAM (RANDOM ACCESS MEMORY)

Komputer riba bagi pelajar bergantung kepada jumlah software yang digunakan. Sekiranya perlu menggunakan software tertentu, pilih RAM minimum 4GB ke atas.

6. BOLEH UPGRADE

Komputer riba lama kebiasannya mempunyai opsyen untuk dipertingkatkan (upgrade) pada masa akan datang. Misalnya membeli komputer riba berkapasiti RAM 4GB yang mempunyai slot RAM tambahan kosong lebih berbaloi kerana ia boleh anda ‘upgrade’ pada masa akan datang.

7. SAIZ SKRIN

Saiz skrin komputer riba biasanya ialah 12 inhi, 13 inci, 14 inci, dan 15.6 inci. Namun semakin besar skrin, maka beratnya juga akan bertambah. Bagi pelajar, skrin 14 inci sudah memadai terutamanya jika penggunanya perlu bergerak dengan kerap.

8. BERAT

Berat komputer riba bergantung kepada pelajar itu sendiri. Jika perlu kerap bergerak dari satu tempat ke tempat lain maka yang ringan lebih sesuai.

Walau apa pun pilihan yang ada, pilih harga yang berpatutan sesuai dengan bajet.

Jangan lupa pastikan kamera web berkualiti baik dan mikrofon bersepadu untuk menyertai kuliah secara dalam talian.

Semoga informasi ini memberikan manfaat buat semua.

Baca juga: Sakit belakang, leher bila bekerja dari rumah? Kedudukan kerusi, komputer, kurang bergerak antara punca

Sumber: Danial Abdul Rahim, Repair Bossku

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca