VARIAN Lambda atau dikenali sebagai C.37 pertama kali dikesan di Peru hingga mengakibatkan 80 peratus penduduk dijangkiti varian terbabit.

Kumpulan saintis melahirkan kebimbangan apabila varian itu didapati lebih bahaya berbanding Delta.

Pada masa sama, sukar untuk memberi jaminan sama ada vaksin sedia mampu mengawal jangkitan itu ataupun tidak.

Berikut 10 info mengenai varian Lambda:

1. Pakar kesihatan antarabangsa menyatakan mutasi varian Lambda yang jarang ditemui berkemungkinan kebal terhadap vaksin Covid-19 sedia ada.

2. Varian Delta menyebabkan sebanyak 38 peratus kematian, tetapi Lambda bertindak lebih ‘ganas’.

3. Pertubuhan Kesihtaan Dunia (WHO) mengisytiharkan  varian Lambda sebagai Varian Berkepentingan (Variant of Interest-VOI) pada 14 Jun lalu.

4. Saintis Nick Cater dari Pusat Penyelidikan Menzies berkata, Lambda lebih mudah menular berbanding varian Gamma dan Alpha selain berupaya melawan antibodi dihasilkan vaksin.

5. Mutasi dalam lonjakan protein varian Lambda meningkatkan keupayaan jangkitan itu dan menangkis antibodi dihasilkan vaksin sedia ada.

Baca juga 3 Varian Covid-19 Dikenal Pasti, Punca Orang Muda Dijangkiti Dengan Gejala Teruk

6. Seorang doktor mikrobiologi molekul di Universiti Cayetano Heredia mengatakan varian Lambda tersebar lebih cepat berbanding varian lain.

7. Sejumlah 200 jangkitan varian Lambda berlaku di Peru pada Disember tahun lalu dan menjelang akhir Mac tahun ini jumlahnya merangkumi separuh daripada sampel yang diambil.

8. Lebih 80 peratus jangkitan di Peru sejak April lalu berkait dengan varian Lambda.

Iklan

9. Lambda menjadi varian dominan di Peru dalam jangka masa yang sangat singkat.

10. Varian Lambda sudah menular ke 30 negara di seluruh dunia termasuk United Kingdom.

Perkhabaran mengenai varian Lambda itu, sekali gus menimbulkan kebimbangan ketika UK sedang dalam fasa kembali menikmati kehidupan biasa pada 19 Julai ini.

Iklan

Sebelum Lambda terdapat empat varian dipantau WHO iaitu:
-Alpha (B.1.1.7) ditemui sampel di UK pada September 2020.

-Beta (B.1.351)ditemi sampel di Afrika Selatan pada Mei 2020.

-Gamma (P.1) ditemuisampel di Brazil pada November 2020.

-Delta (B.1.617.2)ditemui sampel di India pada Oktober 2020.