9 cara simpan tauge wajib ibu cuba, ada yang tahan berminggu-minggu

PERASAN kan tauge ni memang cepat hitam atau lebam bila simpan.

Ada petua letak air bagi tahan lama, dah buat tak jadi pun tetap lebam selepas beberapa hari.

Jangan risau, ada beberapa cara simpan tauge yang boleh dicuba dan tahan berminggu-minggu.

Jadi, kalau ada tauge di rumah, boleh cuba cara ini.

CARA SIMPAN TAUGE TAHAN LEBIH LAMA, MUDAH JE!

1. Rendam dalam air bersama potongan limau kasturi. Letakkan di dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais.

2. Simpan dalam peti ais dan letak dalam plastik. Pastikan kering dan tak basah.

Baca juga Kerabu tauge air tangan mak-mak, mudah & confirm sedap!

3. Rendam di dalam air berisi asam keping. Boleh tahan berminggu-minggu.

4. Boleh simpan tauge dalam plastik ais krim dan biarkan beku. Bila nak guna boleh terus keluarkan.

5. Cara simpan tauge yang seterusnya adalah buang ekor dan simpan dalam bekas tertutup.

6. Simpan dalam bekas berisi air dan pastikan tukar air dua hingga tiga hari.

7. Campurkan sedikit garam di dalam bekas berisi air.

Iklan

Baca juga Korang tahu tak, tauge boleh bantu cuci usus, kuatkan rambut dan penting untuk lelaki

8. Bungkus tauge menggunakan surat khabar dan letak di dalam peti ais. Boleh tahan berminggu lama.

9. Isikan air di dalam bekas, campurkan sedikit garam dan asam keping. Simpan di bahagian chiller.

Mudah kan? Tiada lagi masalah tauge cepat buruk dan layu.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nur Azlina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!