KUIH kaswi gedik menjadi pujaan ramai dan sangat popular akhir-akhir ini. Hadir dengan pelbagai perisa, ia tidak hanya sedap, rupa daripada acuan kaswi yang berpusar cantik memikat selera.

Pun begitu, anda perlu berhati-hati membasuh acuannya kerana silap langkah, kaswi gedik boleh berbau dan rasa sabun. Justeru, ketahui teknik mencuci acuan kuih kaswi gedik yang dikongsi Hazlyana Duang yang langsung tidak menggunakan sabun ini.

Baca juga: Lembut, kenyal, elok bergedik, ini resipi mudah kaswi pandan confirm jadi

“Ada yang tanya tip nak basuh bagi cepat acuan plastik kaswi ni. Cara dia sama sahaja seperti acuan tat juga, cuma jangan letak sabun ya.

“Sabun yang akan menyebabkan acuan berbau sabun dan kuih pun turut berbau sama.

“Macam dalam gambar ini, saya tak tahu lagi akan berbau jadi saya bubuh sabun dalam periuk.

“Akibatnya semua kaswi saya terpaksa dibuang kerana berbau sabun. Jadi kesimpulannya cara cuci acuan plastik hanya letak dua bahan ini:

CARA CUCI ACUAN KASWI GEDIK 

Air
Cuka
Cecair pencuci pinggan (sedikit sahaja)

Langkah demi langkah:

1-Masukkan acuan di dalam periuk dan rebus.

2-Tidak perlu sampai mendidih, asalkan air bertukar menjadi panas sudah cukup.

3-Selepas proses ini, segala kekotoran pada acuan akan tertanggal, licin dan berkilat jadinya.

Ujar Hazlyana, cara tersebut diperoleh selepas beliau beberapa kali melakukan eksperimen secara tidak sengaja ketika mencuci acuan kaswi.

baca juga: Lembut, kenyal & elok bergedik, ini resipi mudah kaswi pandan confirm jadi

“Ini tip untuk yang nak basuh acuan banyak-banyak sekali gus. Since ada yang cakap mereka basuh guna sabun tak ada bau, Alhamdulillah.

Iklan

“Saya mula-mula pun basuh menggunakan sabun tapi tidak rendam, sebab masa tu acuan tak banyak.

“Sental-sental dengan span sahaja. Lepas keluarkan kaswi dari acuan terus basuh. Ketika itu acuan tidak berbau sabun. Tapi apabila menerima tempahan yang banyak dan acuan pun beratus-ratus saya tidak sempat cuci terus. Jadi ada sisa kaswi yang melekat pada acuan.

“Ia menjadi keras, susah dibersihkan menggunakan sabun dan air biasa. Ingin cepat siap, saya guna mesin cuci pinggan kerana ada fungsi air panas. Alhamdulillah tak berbau sabun tetapi cucian terlalu lama dan tak muat untuk beratus acuan sekali gus.

baca juga: Jom buat kuih kaswi sukatan cawan yang sedap!

“Jadi saya rebus menggunakan periuk kerana apabila menggunakan air panas, semua sisa yang melekat tertanggal. Silap saya rebus ia dengan sabun. Walaupun tidak dibiarkan semalaman pun, ia tetap berbau sabun.

Iklan

“Untuk cara menggunakan cuka ini, saya letak sabun dua, tiga titik sahaja,” kongsinya.

Jadi, buat anda yang nak buat kuih kaswi, pastikan acuannya jangan dibasuh menggunakan sabun ya!

Sumber: Hazlyana Duang Full

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!