Lembut, kenyal & elok bergedik, ini resipi mudah kaswi pandan confirm jadi
Lembut, kenyal & elok bergedik, ini resipi mudah kaswi pandan confirm jadi
SEDAPNYA kuih kaswi! Kuih ini kategori kuih talam, cara masaknya adalah kukus.
Tekstur lembut bergoyang, kuih tradisional ini menjadi kegemaran ramai tidak mengira usia.
Rasa lembut, tak manis sangat, sedikit kenyal dan dihidangkan bersama salutan kelapa parut yang lemak. Memang membuka selera!
Jika biasa kita makan, kaswi berwarna coklat bergula Melaka, kali ini kita buat perisa pandan dan berwarna hijau pula. Bagi penggemar kuih kaswi memang kena cuba resipi ini.
Cara buat sebenarnya tidaklah payah, dengan lapan bahan menggunakan sukatan cawan kaswi pandan air tangan sendiri boleh dihasilkan.
Jom kita cuba buat menggunakan resipi ini! Mudah jer cara membuatnya sudah pasti hasilnya memang memukau. Confirm menjadi punyalah!
Cuba juga Jom buat kuih kaswi sukatan cawan yang sedap!
Bahan-bahan;
- 1 cawan air pandan
- 1 cawan santan cair
- 1 cawan tepung gandum[Beli di sini]
- 1 cawan tepung ubi kayu [Beli di sini]
- 1 cawan gula
- 1 sudu besar air kapur
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna hijau [Beli di sini]
View this post on Instagram
Cara membuatnya;
1. Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.
2. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.
3. Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.
Cuba juga Senangnya buat kuih kaswi gedik, resipi confirm jadi hanya guna sukatan cawan
Tip;
Sukatan di atas boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih. Nak meniaga pun boleh cuba resipi kaswi pandan gedik ini.
Memang sedap, rugi kalau tak cuba tau. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Nor Aini Abd Rahman
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang