Ada yang sudah dapat pembayaran BPN2.0 hari ini, lebih awal daripada yang dijangkakan

A
A
A

DIKHABARKAN hari ini rakyat Malaysia telah mula menerima bantuan tunai Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0).

Wah! muka ada senyumlah! Alhamdulillah.

Kecoh di laman Twitter menyatakan bahawa wang itu sudah masuk dalam akaun mereka awal pagi ini.

Rata-rata warganet berkongsi mengatakan BPN masuk dan boleh semak akaun bank anda.

Menurut Bernama, pembayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran.

B40 isi rumah akan menerima RM1,000 dengan RM700 dimasukkan ke dalam akaun mereka pada akhir Oktober dan RM300 pada Januari 2021.

Kumpulan kedua yang melibatkan warganegara B40 tunggal akan menerima RM500 dalam dua pembayaran - RM350 pada Oktober 2020 dan RM150 pada Januari 2021.

Dikemaskini, ini jadual pembayaran;

Ada yang sudah dapat pembayaran BPN2.0 hari ini, lebih awal daripada yang dijangkakan

Isi rumah M40 adalah kumpulan ketiga yang menerima bantuan wang tunai berjumlah RM600. Pada bulan Oktober, mereka akan menerima RM400 dan mereka boleh menjangkakan RM200 lagi pada Januari 2021.

Seterusnya, bujang M40 akan menerima RM300 yang akan dibayar dalam dua ansuran - RM200 pada Oktober 2020 dan RM100 pada Januari 2021.

Artikel berkaitan: Semakan status dan permohonan baharu BPN2.0 bermula hari ini

Tinjauan SinarPlus, mereka yang menggunakan akaun CIMB dan BSN telah menerima pembayaran ini.

Mereka yang telah menerima pembayaran BPN pertama pada bulan April lalu boleh menunggu bayaran BPN2.0 ini dimasukkan ke dalam akaun secara automatik dalam beberapa minggu ini.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak menerima pembayaran pertama, anda boleh memohon rayuan BPN 2.0 di https://bsh.hasil.gov.my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca