Agensi Angkasa kongsi tip cara tengok gerhana bulan penuh dengan jelas, 10 info perlu tahu

A
A
A

FENOMENA gerhana bulan penuh pada 8 November 2022 menjadi perhatian ramai.

Ia dikatakan berlaku 5.8 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan bumi iaitu pada jarak 404,923 kilometer.

Agensi Angkasa Malaysia menerusi laman sosial rasmi mendedahkan fenomena berkenaan dapat dilihat secara keseluruhan di Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian Utara dan Timur Eropah.

Baca juga: Fenomena gerhana bulan penumbra berlaku 19 November ini, berikut 10 fakta mengenainya

Baca juga: Esok gerhana matahari separa, ini dia cara mudah tunaikan solat sunat kusuf

Tentunya ramai tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan fenomena jarang berlaku ini. Berikut lima fakta mengenai gerhana bulan penuh:

1-Ia merupakan gerhana bulan yang berlaku apabila cakera bulan melalui paksi bayang umbra bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra bumi. Ia mempunyai nilai magnitud umbra tinggi, tempoh panjang dan nilai gamma yang rendah. Magnitud umbra pada kali ini ialah 1.3607 dan nilai gamma adalah 0.2570 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.7 minit.

2-Di Malaysia, fenomena gerhana bulan penuh ini berlaku mulai jam 4:02 petang dan berakhir pada jam 9:56 malam waktu tempatan.

3-Fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa kerana ia berlaku apabila bulan berada di bawah ufuk.

4-Penduduk di Sabah dan Sarawak berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56:08 (jam 9.55 malam lapan saat).

5-Pemerhati dinasihatkan berada di kawasan tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan tinggi atau pantai supaya fenomena itu dapat Disaksikan  seawal mungkin.

Baca juga: 5 amalan sunat semasa gerhana bulan, elak percaya khurafat, tahyul. Banyakkan istighfar dan sedekah

Fasa-fasa gerhana bulan penuh dan masa:

• Penumbral bermula: 16:02

• Separa bermula: 17:09

• Maksimum: 19:00

• Separa berakhir: 20:49

• Penumbral berakhir: 21:56

Kali terakhir fenomena gerhana bulan penuh disaksikan oleh seluruh penduduk Malaysia ialah pada 28 Julai 2018.

Pendakwah, Ustazah Asma’ Harun berkongsi persoalan berkaitan fenomena gerhana sebagai tanda kiamat.

“Salah satu tanda besar kiamat adalah apabila berlakunya tiga gerhana. Ini disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW:

Daripada Huzaifah bin Asid al-Ghifari berkata:

"Telah muncul Rasulullah SAW di samping kami apabila kami sedang berbincang. "Maka Baginda SAW bertanya: "Apa yang kamu bincangkan?" Mereka menjawab: "Kami sedang membicarakan perihal al-Sa’ah (hari Kiamat)." Lalu Nabi SAW bersabda:

إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ - فَذَكَرَ - الدُّخَانَ، وَالدَّجَّالَ، وَالدَّابَّةَ، وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ، وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنَ الْيَمَنِ، تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya ia (hari Kiamat) tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelum 10 tanda.” “Baginda SAW menyebut (tanda-tanda tersebut): Asap, Dajjal, al-Dabah, terbitnya matahari dari barat, turunnya Nabi Isa anak kepada Maryam, Ya’juj dan Ma’juj dan tiga gerhana iaitu satu gerhana di Timur, satu gerhana di Barat dan satu lagi gerhana di rantau atau jazirah Arab. Seterusnya, terakhir adalah keluarnya api dari Yaman yang menghalau manusia ke Mahsyar mereka.”

(HR Muslim, hadis sahih)

“Namun gerhana bulan penuh pada hari ini bukanlah gerhana seperti yang dimaksudkan dalam hadis di atas,” katanya.

Baca juga: ‘Supermoon’ terbesar, paling terang bakal berlaku 26 Mei. Ketahui Mitos dan kepercayaan tentang fenomena gerhana

Fasa-fasa bulan. (Kredit foto: Pexels (Alex Andrews)

Beliau turut mencadangkan lima amalan ketika berlakunya gerhana seperti mana yang telah diingatkan oleh Nabi Muhammad SAW :

1. Memperbanyakkan mengingati ALLAH

2. Mendirikan solat sunat gerhana

3. Bertakbir, tahmid dan tahlil

4. Berzikir dan beristighfar

5. Bersedekah

Baca juga: Gerhana matahari dan bulan keajaiban alam yang menakjubkan. 10 Fakta mengenainya ini wajib diketahui

Sumber: FB Agensi Angkasa Malaysia, Ustazah Asma' Harun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca