Fenomena gerhana bulan penumbra berlaku 19 November ini, berikut 10 fakta mengenainya

A
A
A

FENOMENA gerhana bulan penumbra dijangka berlaku bermula sekitar jam 6.58 petang pada 19 November 2021 ini.

Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena tersebut pada hari kejadian yang bakal berakhir kira-kira jam 8.03 malam.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi hantaran di laman Facebook milik Planetarium Negara, berikut 10 fakta mengenainya;

1. Gerhana bulan penumbra kali ini sebagai gerhana bulan terlama yang pernah terjadi antara tahun 2001 hingga 2100.

2. Terjadi apabula bulan terlindung oleh bayang penumbra bumi.

3. Tidak kelihatan dengan mata kasar.

4. Fenomena gerhana bulan ini boleh dilihat dengan jelas tanpa binokular atau teleskop di beberapa kawasan di seluruh dunia namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar di Malaysia.

Fenomena gerhana bulan penumbra berlaku 19 November ini, berikut 10 fakta mengenainya

5. Gerhana bulan yang bakal berlaku pada Jumaat ini akan mengambil masa selama 3 jam, 28 minit dan 23 saat di mana bumi akan menghalang 97 peratus permukaan bulan daripada terkena cahaya matahari.

6. Dalam tempoh ini, sebahagian permukaan bulan akan kelihatan seperti kemerah-merahan.

7. Malah, fenomena gerhana ini hanya terjadi dua kali dalam setahun dan peristiwa seterusnya dijangka akan berlaku pada 16 Mei tahun hadapan.

Baca juga Kolera dikesan di Selangor, KJ nasihat banyakkan minum air dirawat, didih

8. Gerhana bulan bermula lebih awal iaitu jam 2.02 petang tetapi masih siang dan semuanya berlaku di bawah ufuk.

9. Apabila bulan terbit pda jam 6.58 petang, gerhana bulan adalah fasa penumbra tetapi masih tidak boleh dilihat dengan mata kasar juga keran bayang penumbra tidak segelap bayang umbra bumi.

10. Orang ramai boleh menonton live streaming di Facebook, YouTube dan Twitter Planetarium Negara (imej dari luar negara) pada 5 petang hingga 7 malam, 19 November.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca