'2022 diuji kanser darah, 2026 buang rahim dan ketumbuhan' - Shafnie Zainudin syukur pembedahan lancar, keluarga & rakan sumber kekuatan

No Image Caption
A
A
A

BEKAS model 90-an, Shafnie  Zainudin sentiasa menjadi berkongsi keadaannya keadaan terkini yang menjalani pemulihan selepas  menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam rahim.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi keadaan terkini usai pembedahan pada awal tahun ini.

"Ucapan penghargaan 'wanita tanpa rahim.' Terima kasih kepada semua yang mendoakan kelancaran pembedahan saya, termasuk yang tidak mengenali saya namun tetap menitipkan doa dan kata-kata baik. Ia sangat bermakna.

No Image Caption

"Kepada ahli keluarga terdekat saya yang tidak pernah putus berdoa, memberi sokongan dan semangat yang tidak terbalas sejak hari pertama.

"Buat keluarga dan sahabat yang datang menziarahi saya di hospital, terima kasih atas masa, kasih sayang dan kekuatan yang diberikan. Kehadiran kalian benar-benar menyentuh hati.

"Semoga ALLAH membalas setiap doa dan kebaikan dengan keberkatan, kesihatan dan kemudahan dalam setiap urusan. Alhamdulillah, sangat bersyukur," titipnya.

Dalam pada itu, Shafnie perjalanan hidup yang penuh ujian. Empat tahun lalu disahkan menghidap Acute Promyelocytic Leukaemia manakala empat tahun kemudian menjalani pembedahan besar melibatkan pembuangan organ.

Pun begitu, dia memilih untuk bersyukur kerana menyedari masih ramai orang lain yang diuji dengan dugaan yang lebih besar.

Artikel Berkaitan:

"Tahun 2022 diuji dengan kanser darah dan permulaan tahun 2026 pula dengan pembedahan pembuangan ketumbuhan serta rahim. 

"Tetap bersyukur kerana ujian kita dikira masih kecil berbanding ujian orang lain yang jauh lebih besar, sehingga ada yang telah menghembuskan nafas terakhir. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

No Image Caption

"Never give up dan sentiasa bersangka baik dengan ALLAH SWT. To all my fighters, keep on fighting. You’ve got this," kongsi Shafnie.

Sekadar info,  Shafnie yang terdahulu terlibat bidang peragaan dan pernah bergelar pengacara. Figura jelita ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk AC Mizal namun berpisah pada Oktober 2001 selepas kira-kira enam tahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Shafiq Iman dan Shabil Iman yang masing-masing sudah pun berkahwin. 

Selain Shafiq dan Shabil, Shafnie juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Layla hasil perkahwinan keduanya dengan Aliff Alias.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang