Air kencing warna merah selepas makan buah naga, bahaya ke? Ini penjelasan doktor

A
A
A

Air kencing warna merah selepas makan buah naga, bahaya ke? Ini penjelasan doktor

MUNGKIN ramai di antara kita suka makan buah naga. Buah naga adalah sejenis buah tropikal daripada beberapa jenis pokok kaktus yang berasal daripada Amerika Selatan.

Nama lain bagi buah ini ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus (isi putih) dan Hylocereus polyrhizus (isi merah).

Buah naga yang berwarna merah kerana kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai betalains.

Ia menyebabkan air kencing malah najis kita berwarna merah.

Pun begitu, adakah air kencing berwarna merah setelah memakan buah naga itu bahaya? Adakah buah naga menyebabkan air kencing berdarah?

Menurut Pengamal Perubatan Am yang juga Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad, pengambilan buah naga tidak menyebabkan pendarahan pada air kencing dan najis.

"Jadi warna merah itu bukanlah darah. Ia selamat untuk dimakan. Buah naga mengandungi sejumlah nutrien yang bagus untuk kesihatan. Ia juga merupakan sumber zat besi, magnesium dan serat," kongsinya.

buah naga Gambar fail.

Berikut adalah fakta nutrisi untuk hidangan 100 gram buah naga;

  • Kalori: 61
  • Protein: 1.1 gram
  • Lemak: 0 gram
  • Karbohidrat: 15 gram
  • Serat: 3 gram
  • Vitamin C: 3% daripada RDI
  • Besi: 4% daripada RDI
  • Magnesium: 10% daripada RDI

(RDI: Requirement Daily Intake)

Ujar Dr Zubaidi, dengan kandungan kalori yang rendah dan kaya dengan antioksidan dan serat, menjadikan ia sesuai dimakan bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan dan mengawal gula.

"Menurut USDA, buah naga kaya dengan serat, lycopene, dan vitamin larut air seperti karoten, vitamin C dan vitamin B niasin dan riboflavin.

"Ia juga kaya dengan mineral seperti magnesium, kalsium, fosforus, besi, dan natrium," katanya.

Baca juga 7 khasiat buah naga untuk kekal cantik, sihat

Selain itu, ini manfaat buah naga untuk badan;

1. Melambatkan proses penuaan

Antioksida yang banyak dalam buah naga dapat membantu mengekalkan awet muda dan menyebabkan kulit yang menjadi anjal dan lembut.

Antioksida juga bertindak melawan radikal bebas yang menjadi punca kerosakan sel dan penyakit kronik.

2. Mencegah kanser

Buah naga kaya dengan vitamin C, lycopene dan karotene yang bertindak sebagai agen anti kanser, terutama kanser postat, payudara dan colon.

3. Kesihatan jantung

Ia mengurangkan paras kolesterol yang ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol yang ‘baik”. Di samping itu buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.

Cuba juga Gelopong buah naga resipi arwah mak

4. Kencing manis

Ia mampu menstabilkan paras gula kerana mempunyai serat yang tinggi buah naga. Ia juga tidak menyebabkan peningkatan gula secara mendadak kerana nilai GI 50.

5. Penghadaman

Ia mengandungi serat yang dapat membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh dan mengurangkan masalah sembelit.

6. Meningkatkan imuniti tubuh

Ia mengandungi vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protine dan niacin membantu untuk meningkatkan paras imuniti tubuh badan.

7. Tulang yang kuat

Ia mengandungi mineral kalsium yang tinggi dan bagus untuk tulang yang kuat.

Justeru, buah naga bagus dimakan dan disertakan dalam hidangan. Dengan mengambil buah ini beserta penjagaan makanan secara keseluruhan serta aktiviti fizikal yang mencukupi, kita akan bertambah sihat. Insya-ALLAH.

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang