Akad nikah di Selangor hanya di pejabat agama sahaja, tidak lebih kehadiran fizikal tiga orang

Akad nikah di Selangor hanya di pejabat agama sahaja, tidak lebih kehadiran fizikal tiga orang
Akad nikah di Selangor hanya di pejabat agama sahaja, tidak lebih kehadiran fizikal tiga orang
A
A
A

SEDIA maklum, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini hingga 27 Oktober 2020.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memutuskan semua majlis akad nikah yang dijadual diadakan di masjid dan surau negeri ditangguhkan berkuatkuasa hari ini.

Menerusi satu kenyataan semalam, pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata Jais hanya membenarkan majlis akad nikah berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Artikel berkaitan: KKM jemput individu bekas pesakit Covid-19 sertai kajian tindakbalas antibodi

Kata beliau, keputusan JAIS itu merujuk kepada pelaksanaan PKPB di Selangor mulai hari ini sehingga 27 Oktober yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, pelaksanaan majlis akad nikah dengan kehadiran fizikal tidak melebihi tiga orang

dibenarkan di PAID tetapi perlu mendapat kelulusan khas Pengarah Jais.

Sementara itu, Jais turut memutuskan menangguhkan solat Jumaat, solat fardhu dan aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid dan surau seluruh negeri.

Penangguhan ini melibatkan sebanyak 425 buah masjid, 278 surau kebenaran solat Jumaat dan 1,747 surau.

Tindakan tersebut dibuat selari dengan hasrat Jais dalam memastikan pentadbir masjid dan surau di Selangor dapat memberi kelangsungan keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan terhadap anak kariah masing-masing Daripada menerima sebarang kesan penularan wabak dan menyakit khususnya pandemik Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca