KKM jemput individu bekas pesakit Covid-19 sertai kajian tindakbalas antibodi

KKM jemput individu bekas pesakit Covid-19 sertai kajian tindakbalas antibodi
KKM jemput individu bekas pesakit Covid-19 sertai kajian tindakbalas antibodi
A
A
A

PENGUMUMAN buat rakyat Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru individu yang pernah disahkan positif Covid-19 untuk menyertai penyelidikan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) mengenai virus itu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata kajian tersebut adalah untuk mengkaji tindakbalas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit.

"Sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjemput rakyat Malaysia yang pernah dijangkiti kuman COVID-19 untuk menyertai penyelidikan perubatan bertajuk: Kajian Membujur (Longitudinal Study) tindakbalas antibodi neutralisasi di kalangan pesakit Covid-19 di Malaysia.

"Kajian ini penting bagi mengetahui paras antibodi neutralisasi (imuniti) di dalam darah yang boleh menghalang kuman Covid-19 dari menjangkiti pesakit yang pernah dijangkiti sebelum ini,” katanya.

Projek yang bermula sejak Ogos 2020 itu dijangka mengambil masa sehingga Julai 2022.

Artikel berkaitan: PKPB : Agong minta rakyat bertenang, Istana Negara laksana semi-lockdown

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Dr Rafiza Shaharudin (rafiza.s@moh.gov.my) atau telefon, 03-33627753 atau Dr Masita Arip (masita.a@moh.gov.my ) atau telefon, 03-33627735.

Penyelidikan tersebut telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM (NMRR-20-1676- 55108).

Sementara itu, semalam, Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 350 kes sudah sembuh menjadikan ia jumlah tertinggi pernah dicatatkan sejak permulaan penularan Covid-19 di negara ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang sudah sembuh sepenuhnya dari dijangkiti Covid-19 adalah sebanyak 11,372 kes atau 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca