BUAT semua pelanggan Astro, ini berita gembira buat korang.

Berikutan isu gangguan siaran yang berlaku dalam beberapa hari sebelum ini, Astro hari ini mengumumkan akan melaksanakan Complimentary Viewing atau tontonan percuma bagi semua pengguna Astro bagi beberapa siaran bermula 1 Julai hingga 14 Julai 2021 untuk 14 hari.

Beberapa hari yang lepas, semua pengguna Astro termasuk pengguna Njoi telah mengalami gangguan siaran sekali gus menjejaskan tontonan untuk beberapa hari.

Menurut satu kenyataan, isu tersebut telah pun berjaya diselesaikan dan meminta semua pengguna yang masih terjejas untuk restart dekoder Astro.

Sepanjang tempoh tersebut, ramai pengguna yang mengeluh kerana banyak siaran yang tidak boleh ditonton.

Satelit masih terganggu, Astro sedang kenal pasti punca

Hanya saluran Astro Go sahaja dapat diakses dan yang pastinya bukan semua pengguna Astro menggunakan perkhidmatan penstriman tersebut.

Justeru, sebagai penghargaan kepada orang ramai yang bersabar sepanjang tempoh pembaik pulih berkenaan, Astro akan memberikan tayangan percuma bagi saluran terpilih seperti;

Iklan
  • HBO (CH 411)
  • CINEMAX (CH 412)
  • TVN Movies (CH 416)
  • HITS Movies (CH 401)
  • FAM Movies (CH 400)
  • Astro Box Office BOLLYONE HD (CH 251)
  • BOO (CH 404)
  • OH! K (CH 394)
  • TVN (CH 395)
  • WB Tv (CH 712)
  • FX (CH 713)
  • Crime Investigation (CH 714)
  • HGTV (CH 715)
  • DMAX (CH 716)
  • MTV (CH 718)
  • ANIMAX (CH 719)
  • Cartoon Network (CH 615)
  • Boomerang (CH 619)
  • Nickelodeon (CH 616)
  • Nick Jr. (CH 617)
  • Ta-Daa! (CH 612)

Artikel berkaitan: Satelit masih terganggu, Astro sedang kenal pasti punca

Iklan
  • National Geographic (CH 551)
  • Discovery (CH 552)
  • Asia Discovery (CH 553)
  • Discovery Science (CH 554)
  • History (CH 555)
  • Animal Planet (CH 556)
  • BBC (CH 512)
  • AlJazeera (CH 513)
  • Sky News HD (CH 514)
  • CNA (CH 515)
  • CNBC (CH 516)
  • Bloomberg Television (CH 517)
  • ABC Australia (CH 518)
  • Astro Awani (CH 501)
  • Bernama (CH 502)
  • CGTN (CH 503)

Selain itu, channel tersebut juga boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go.

Selamat menonton dan nikmati siaran secara percuma sepanjang tempoh ini.