Alhamdulilah, TNB bagi diskaun bil elektrik sehingga Disember

Alhamdulilah, TNB bagi diskaun bil elektrik sehingga Disember
October 8, 2020
Oleh Faezah Muda

BERITA gembira buat lebih tujuh juta pengguna elektrik seluruh negara akan terus menikmati diskaun bil antara dua hingga 50 peratus bagi penggunaan antara 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Diskaun ini diberikan sebagai tanda sokongan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada usaha kerajaan bagi mengurangkan impak Covid-19 kepada rakyat.

Pengurangan ini adalah lanjutan daripada Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk bil elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Kadar diskaun yang ditawarkan adalah 50 peratus bagi penggunaan elektrik bulanan antara satu hingga 200 kilowatt atau sehingga RM43.60.

Iklan

Bagi 201 hingga 300 kilowatt atau RM43.70 hingga RM77 pula adalah sebanyak 25 peratus.

Penggunaan elektrik bulanan antara 301 hingga 600 kilowatt atau RM77.10 hingga RM231.80 (15 peratus), 601 hingga 900 kilowatt atau RM232.35 hingga RM395.60 (10 peratus) dan melebihi 900 kilowatt atau melebihi RM396.17 (dua peratus).

Artikel berkaitan: Lagi kes Covid-19 babitkan pusat beli-belah, kali ini di 1 Utama dan Setia City Mall

Selain itu, TNB turut meneruskan tiga inisiatif untuk manfaat pengguna kediaman sehingga akhir tahun ini.

Iklan

Ia adalah pelan bayaran mudah iaitu pilihan untuk pengguna membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan, pengecualian surcaj lewat bayar bagi tempoh 18 Mac lalu hingga 31 Disember ini dan penangguhan aktiviti pemotongan bekalan kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan pihak berkuasa.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web TNB atau e-mel [email protected] dan hubungi talian Careline 1-300-88-5454.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad