Alhamdulillah, BPR dibayar secara berperingkat mulai hari ini

A
A
A

SEPERTI yang kita semua maklum, bantuan kerajaan yang sebelum ini dikenali Bantuan Sara Hidup (BSH) telah digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Pasti ramai sudah tertungu-tungu tarikh pembayaran BPR 2021 ini kan?

Alhamdulillah, pembayaran Fasa 1 BPR kepada 8.45 juta penerima diberikan secara berperingkat mulai hari ini.

Perkara berikut telah diumum Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, untuk kategori isi rumah yang meliputi 4.4 juta penerima, bayaran sebanyak RM300 akan diberikan.

Manakala menurutnya, untuk individu bujang, bayaran RM150 akan diberikan (4.05 juta penerima) dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.93 bilion.

Sepatutunya pembayaran Fasa 1 ini dibuat pada Mei, namun ia dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.

Ini pastinya memberi nafas lega kepada penerima yang terkesan dikala pandemik dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa di negara kita.

Kaedah pembayaran pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu, mereka yang mempunyai akaun dan tidak mempunyai akaun bank serta penerima di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank seperti;

Alhamdulillah, BPR dibayar secara berperingkat mulai hari ini

 

Artikel berkaitan: Sudah buat pendaftaran dan kemaskini BPR 2021? Cepat sebelum 25 Februari

Walau bagaimanapun, tarikh tutup bagi pendaftaran baru atau kemaskini maklumat BPR masih dibuka sehingga 25 Februari 2021. Cepat! Bagi yang belum membuat permohonan.

Sebelum ini, dalam pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pembayaran Fasa 1 BPR pada Mei ini dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.

Ia bertujuan membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan muda yang terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

Untuk maklumat lanjut berkaitan status permohonan, soalan lazim (FAQ) dan sebagainya, korang boleh lihat di portal rasmi BPR www.bpr.hasil.gov.my

Justeru, gunakanlah bantuan yang diberi kerajaan ini sebaik mungkin ya! Tidak lupa juga terus amalkan SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca