SUDAH namanya budak kecil, memang macam-macam benda yang akan diterokai dan dicubanya.

Biasakan kita dengar si anak kecil ini memasukkan sesuatu terutama bendasing ke dalam anggota seperti mulut, mata dan hidung?

Antaranya manik, guli, duit syiling, biji saga, magnet dan pelbagai benda-benda kecil yang boleh dimasukkan ke dalam anggota itu dan sebagainya.

Begitupun ketahuilah bahawa paling perlu dibimbangi oleh kita sebagai ibu bapa apabila anak kecil mengutip bateri jam yang dimasukkan ke dalam mulut dan menelannya.

Cerita yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia (PHM) ini misalnya patut dijadikan iktibar:

“Berderau darah saya bila melihat anak saya menelan bateri jenis butang ini depan mata saya. Bateri jenis butang ini adalah bateri jam tangan anak sulong saya.

Jam tu baru saja jatuh dan pecah. Bateri tersebut diletakkan di atas meja. Tak sangka pula adiknya yang kecil tu pantas tangannya. Dengan cepatnya dia masukkan bateri tu ke dalam mulutnya.

Saya bergegas bawa dia ke hospital. Di sepanjang perjalanan tu, dia menangis dengan kuat dan di dalam kesakitan.

Doktor melakukan pemeriksaan dan terus ke dewan bedah. Nasib baiklah hospital tersebut ada pakar bedah kanak-kanak dan ada mesin kamera endoskopi kanak-kanak. Kalau tidak, perlu di rujuk ke hospital terdekat.

Doktor menyatakan dinding esofagus sedikit terbakar. Namun anak saya bernasib baik sebab terus datang ke hospital.

Jika lewat dua jam, mungkin ianya boleh menyebabkan dinding terbakar dengan lebih teruk atau bocor. Anak mungkin terpaksa makan dengan memakai tiub yang ditebuk terus ke usus.

Ya tuan puan. Bateri ini sangat bahaya. Pastikan anda tidak meletakkan bateri ini di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak. Jika tertelan, ingat, jangan ditunggu. Pastikan sebelum dua jam, anda telah berada di hospital.”

Begitu kongsi PHM di laman Facebook rasminya semalam hingga mendapat banyak respons dan perkongsian daripada warganet.

Ramai yang berkongsi kejadian seumpamanya akibat perbuatan itu dan berharap agar ibu bapa sentiasa memantau anak kecil.

Menariknya antara yang dikongsikan Public Health Malaysia TV ialah gambar esofagus terbakar disebabkan bateri.

Esofagus ialah sejenis organ dalam vertebrat yang terdiri daripada tiub berotot yang dilalui oleh makanan dari farinks ke perut.

Gambar esofagus yang terbakar akibat bateri jam yang dikongsikan Public Health Malaysia TV.

Artikel berkaitan: Cecair hitam keluar dari hidung anak kecil, rupanya ada ‘benda’… Ibu trauma beri pesanan

Jadi, memang benar kesan ngeri akibat bateri jam yang dimasukkan ke dalam tubuh melalui mulut dan salur makanan sememangnya mengundang bahaya. Hati-hatilah…

Iklan

Dalam pada itu, warganet berkongsi pengalaman diri sendiri dan orang terdekat mereka yang tertelan bateri jam dan benda pelik-pelik.

Anak buah tertelan magnet ❤️ 😅Wangian Bunga Rose x tahu la sy pn.. Anak buah ni dh 6y pn 😂 dia g main² magnet tu letak dkt bibir lps tu termasuk ke kerongkong terus dia g telan. Pastu baru dia bgtahu maknya😅 bwk g xray doc bg ubat  berak je. Nayashi NA ye magnet kecik. Kalau beso dh tersekat kt tekak dh🤣

Imbasan menunjukkan magnet yang ‘tersangkut’.

saya kecik kecik dulu suka explore calculator la jam tgn la…dlu kecik kecik pernah telan bateri calculator…Alhamdulillah bateri tu kuar bersama tahi 😅 mak sy pun happy tak risau dh

Dulu masa budak2 letak kt lidah pun dah rasa pedih2.. hahaha.. bahaya rupanya natang ni..

Masa ank 2thn tertelan syilling.. Doc kata bahaya lg battery. 🥴 kalau syiling mak² ni pun da risau ampang ke palang.. Ini kan battery 🤕

Iklan

Aku masa kecik2 dulu tertelan duit syiling 50 sen

Sy masa kecik pernah tertelan duit syiling 20sen dan butang baju. .

Gelas pecah, anak kecik terus ambik kaca dan jilat. Terluka pada lidah.

Anak sy pernah masukkan dlm lubang hidung dia

aku penah tertelan bijik moktan pon takut teketaq ketaq. pastu mak aku tanya boleh cakap dak? aku ckp sora deraih elok… mak aku kata haa tu, hidup lagi kan? hahaha

Jadi usah dibiarkan anak-anak bermain sendirian tanpa pantauan ya. Moga ibu bapa dan penjaga anak kecil mengambil iktibar! -AG