APABILA anak mengalami batuk dan selesema, ibu bapa menjadi tidak tenteram. Bimbang melarat, dapatkan rawatan perubatan segera dan lakukan ikhtiar lain seperti mendedahkan mereka kepada matahari dan tanah.

Batuk dan selesema adalah dua keadaan yang sering menyerang si kecil. Sementelah antibodi masih belum kuat, pendedahan kepada pelbagai kuman baru dan tubuh mereka yang sedang membentuk imuniti untuk virus-virus di sekeliling turut menjadi punca.

Baca juga: Ibu perlu tahu, ini 10 makanan tinggi mineral zink terbaik buat anak

Perkongsian tip daripada Dr Mazliana Mazlan ini boleh digunakan apabila si kecil diserang batuk dan selesema. Ujarnya, cahaya matahari dan tanah boleh menjadi petua membantu meredakan. Berikut perkongsian beliau:

Bawa anak keluar, cari matahari dan tanah bila batuk dan selesema. Kalau dulu kita tidak berani bawa anak keluar rumah apabila sakit, sekarang kena ubah.

Apabila anak tidak sihat, lperlu lebih kerap bawa keluar. Tetapi pastikan mereka dalam keadaan terjaga. Cari ikhtiar baru jika anak asyik batuk tidak henti-henti, hidung selalu berair.

Baru-baru ini anak saya batuk, seharian saya biarkan bermain di luar, dari pagi sampai petang. Waktu matahari sangat terik, kami duduk di dalam pondok dan beliau tidur. Ia masih di luar rumah.

Baca juga: Makan aiskrim vanila waktu sakit tekak buat radang tak pulih, ini penjelasan doktor

Masya-ALLAH dalam masa tiga hari sahaja ‘selesai’ batuk berkahaknya. Fuh, hebat kuasa ALLAH, mencipta alam, ia juga pun boleh jadi asbab meredakan batuk dan selesema anak.

Matahari dan tanah ubat paling ‘power, malah ia percuma. Rugi jika kita tidak ambil peluang kan?

Lebihkan masa di luar rumah, terdedah kepada matahari makan banyak vitamin D yang diperolehi. Lebih cepat anak sembuh, insya-ALLAH dengan izin dari-NYa.

Apabila anak bersentuhan dengan tanah, berlakunya perpindahan cas-cas antara tanah dan tubuh. Ia dapat mengurangkan keletihan dan mencetus ‘hormon bahagia’ buat anak. Apabila bahagia dan tidak stres, maka cepatlah sembuh. Anda boleh cuba.

Iklan

Baca juga: Jauhi makanan proses, ibu mengandung tak boleh tinggal buah

Kredit foto: Facebook Mazliana Mazlan

Ramai bertanya mengenai anak tidak sihat. Apa saya kongsikan ini kadang kadang ‘menjadi’, adakala mungkin tidak ‘menjadi’. Ikut keserasian dengan anak-anak kita.

Kalau anda sudah cuba buat semua tetapi masih tidak menjadi, cuba bawa anak cari nikmat matahari. Manalah tahu di situ ada penyembuhan buat anak-anak. Kita cuba sama-sama, carikan jalan terbaik untuk penyembuhan anak secara menyeluruh, insya-ALLAH.

Baca juga: Demam selesema biasa, influenza, denggi, ini tanda yang membezakan. Wanita wajib tahu

Iklan

Baca juga: Anak alami selesema dan batuk? Ini 8 petua yang boleh digunakan

Sumber: Mazliana Mazlan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.