Anggota Malbatt, Sarjan Faridah meninggal dunia di Lubnan. 'Jumaat lalu pertemuan terakhir bersama 4 anak kami'

A
A
A

SUAMI mana yang tidak terkejut apabila mendapat berita mengenai kematian isterinya.

Lebih memilukan,  Jumaat yang lepas rupa-rupanya menjadi pertemuan terakhirnya bersama empat orang anak mereka.

Itulah situasi yang berlaku kepada Noor Azmi, yang merupakan suami kepada Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman, 38.

Allahyarhamah dilaporkan meninggal dunia di Lubnan, semalam.

Sarjan Faridah "Saya terkejut apabila dapat berita isteri meninggal dunia kerana kami sekeluarga baru sahaja menghantar dia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk kembali menyambung tugas di Lubnan," kata lelaki berusia 39 tahun itu.

Tambahnya lagi, isterinya dalam keadaan baik dan sihat ketika mereka menghantarnya di lapangan terbang.

Allahyarhamah sebelum itu pulang bercuti selama sebulan.

"Isteri saya sebelum ini pulang bercuti di kampung kira-kira sebulan. Pada Jumaat baru ini kami sekeluarga termasuk anak-anak hantar dia ke KLIA sebab cuti dia dah tamat.

"Semasa perjalanan pulang ke Kedah, saya ada singgah di rumah abang dulu, belum pun sempat tiba di kampung, saya dapat berita daripada Panglima isteri meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

malbatt

Noor Azmi, berkata isterinya yang sudah 18 tahun berkhidmat tidak mempunyai sejarah sebarang penyakit dan kelihatan ceria ketika pulang bercuti baru-baru ini.

"Dia memang tak ada sakit apa sebelum ini,kalau ikut peraturan pun hanya anggota dan pegawai yang sihat sahaja akan dihantar bertugas di Lubnan sebab itu kami pun terkejut sebab dia nampak sihat sahaja," katanya.

Beliau berkata, ketika ini jenazah isterinya masih berada di Lubnan dan akan dibawa pulang ke kampung di Sungai Mati Tobiar setelah selesai urusan bedah siasat.

"Setakat ini saya cuma tunggu maklumat dari kem sahaja dan ikut perancangan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Tualang," katanya.

Allahyarhamah Faridah yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, Lubnan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah setelah turun dari bas di Kem Marakah.

MALBATT Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada jam 2.25 pagi waktu Lubnan, Sabtu (7.25 pagi waktu Malaysia).

Beliau meninggalkan empat orang cahaya mata berusia antara empat hingga 13 tahun.

Sumber: Berita Harian 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

 

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang