DEK penangan dadah durjana, manusia hilang kawalan diri!

Jika baru-baru ini kecoh apabila bapa tiri diterajang berulang kali oleh anak akibat tidak dapat wang untuk membeli bekalan dadah, ini lain pula yang terjadi di Kelantan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Seorang ibu maut selepas lehernya ditetak hingga putus oleh anak tirinya di rumahnya di Kampung Batu Machang dekat Jerek, Gua Musang, Kelantan, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, ini fakta kejadian;

1. Suspek seorang lelaki berusia 39 tahun hadir ke Balai Polis Bertam pada 4.45 petang dengan memaklumkan telah membunuh ibu tirinya berusia 54 tahun menggunakan parang.

2. Kejadian dipercayai berlaku sekitar 4 petang dan siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah dan mengalami masalah mental.

3. Ketika kejadian hanya suspek dan mangsa berada di rumah tersebut.

Iklan

Baca juga Remaja maut tak pernah ambil dos penggalak, tular akibat booster palsu!

Iklan

4. Siasatan polis di tempat kejadian berjaya menemukan senjata yang dipercayai digunakan iaitu sebilah parang.

Baca juga Warganet bengang, pemuda tergamak belasah bapa tiri tak dapat duit beli dadah

5. Siasatan turut mendapati mangsa maut selepas lehernya putus akibat tetakan tersebut dan siasatan lanjut mengenainya sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

6. Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

7. Suspek juga mempunyai rekod dua kesalahan lampau mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 451 Kanun Keseksaan.

Jauhilah dadah kerana ia amat berbahaya. Tiada kebaikan diperolehi daripadanya melainkan hanya keburukan!