SEORANG ibu kuat dan kental namun dan dalam masa memiliki ruang hati yang sangat lembut apabila membicarakan tentang anak-anak. Paling menakutkan, apabila retak hati ibu hilang rahmat dan redanya.

Bibir Merah tidak menyebelahi sesiapa. Namun apabila berbicara tentang seorang ibu, hati ini menjadi gentar kerana mereka adalah insan yang penuh keramat.

Percayalah wahai anak, hanya kita di fikiran mereka hingga hujung nyawa.

Apabila retak hati ibu, maka tidak dapatlah anak mencium bau syurga. Itu jaminan ALLAH buat si Tanggang Moden.

Baca juga: Ragam ibu mentua dan menantu bikin pecah kepala! 4 punca boleh rosakkan hubungan

Baca juga: Walaupun ibu bapa telah uzur dan nyanyuk, jangan culas jalankan tanggungjawab kepada mereka…

Tidak mudah sebenarnya hidup pada era milenial yang dilingkari dengan pelbagai liku. Situasi sebegitu sememangnya menuntut ibu bapa lebih peka, prihatin dan cakna di samping memiliki kekuatan iman yang utuh.

Pun demikian, biar apapun tantangan yang hadir, seorang anak perlu memahami tanggungjawab dan keterbatasan mereka terhadap ibu bapa tanpa mengambil pusing soal sejarah hidup orang tuanya, status hidup, warna kulit, agama, pangkat, kekayaan, waima agama mereka.

Dalam erti kata mudah, siapa pun ibu kita, seorang anak ditegah daripada memperlekehkan, apatah lagi melakukan perbuatan derhaka.

Kepada anak-anak yang ketika ini sedang melukakan hati emak, pergilah kembali kepada ibumu. Lupakan sengketa buat seketika, rendahkan diri kepada insan yang telah melahirkan kita.

warga emas

Iklan

Santuni emak ayah selagi mereka masih ada supaya nanti tidak timbul rasa ralat.

Berbuat baiklah seikhlas hati biar apapun yang pernah mereka lakukan agar keberkatan, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.

Baca juga: Ibu bapa kita bukan harapkan layanan VIP, cukup sekadar kasih sayang dan perhatian. Ini tip penting ketika menjaga mereka

Baca juga: Sebaknya lihat erat kasih sayang, hari kepulangan datuk kejar hingga simpang, cucu menangis enggan berpisah

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!