APLIKASI MySejahtera sudah sebati dengan kebanyakan daripada kita. Terbaru, MySejahtera 2.0 memperkenalkan ciri baharu yang menawarkan perkhidmatan lebih baik bagi memantau maklumat kesihatan individu.

MySejahtera mula diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19.

Ia merupakan aplikasi dibangunkan kerajaan untuk membantu pengawasan penularan wabak tersebut di dalam negara, sekali gus memudahkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Baca juga: Kemaskini segera tarikh lahir di MySejahtera untuk status vaksinasi lengkap

Baca juga: Aplikasi MySejahtera 2.0 ada fungsi baru, kemaskini rekod imunisasi, saringan kesihatan

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapatkan maklumat awal sebelum mengambil tindakan cepat dan berkesan.

Dalam perkembangan terbaharu, KKM memaklumkan orang ramai untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera bagi menggunakan pelbagai perubahan baharu aplikasi tersebut.

Antaranya, segala rekod vaksinasi Covid-19 pengguna akan diletakkan di bahagian bawah aplikasi dan tidak lagi menjadikan status vaksinasi sebagai halaman utama.

Butiran tersebut kini telah diasingkan menerusi ruangan lain di aplikasi MySejahtera.

Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak

Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ini termasuk kemudahan bagi melihat rekod kesihatan serta imunisasi kanak-kanak menerusi aplikasi terbabit.

Bagaimanapun, fungsi tersebut hanya dapat dinikmati menerusi MySejahtera selepas bayi yang baru lahir diberi suntikan imunisasi Bacilus Calmette-Guerin (BCG) di fasiliti kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi Kebangsaan.

Buat masa ini, difahamkan hanya rekod imunisasi bagi bayi yang lahir selepas 1 Julai 2022 akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

Selain itu, suntikan imunisasi yang akan terpapar di MySejahtera adalah seperti Tetanus, Hepatitis B, Haemophilis Influenza, Diphter (D), Tetanus (T) dan Acelullar Pertussia (AP) (DTAP), Measles. Mumps dan Rubella (MMR), Japanese Encephalitis (JE) dan COVID-19 akan turut dipaparkan di MySejahtera.

Buat waktu ini, orang ramai masih boleh memilih untuk menggunakan MySejahtera untuk menyimpan rekod vaksinasi anak dan menggunakan buku rekod imunisasi.
Anda dinasihatkan untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan dua ciri terbaharu ini.

Kedua-dua ciri ini ini boleh dimuat turun ke aplikasi MySejahtera bergantung kepada gudang aplikasi telelon bimbit masing-masing.

Rekod saringan kesihatan

Bagi rekod saringan kesihatan, MySejahtera akan memaparkan maklumat pengguna yang menjalankan saringan di bawah inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan di klinik kesihatan kerajaan.

Rekod bekenaan boleh diakses melalui modul Rekod Kesihatan. di laman utama MySejahtera. Di bawah modul ini, selain daripada maklumat mengenai ketinggian, berat badan, BMI dan jenis darah, akan ada tiga lagi ciri yang boleh dilihat, iaitu:

a. Laporan Kesihatan — keputusan saringan kesihatan yang dibuat di fasiliti kesihatan.

b. Laporan Keputusan Ujian Makmal – iaitu keputusan yang dikeluarkan oleh makmal hasil daripada ujian tertentu seperti ujian darah.

Iklan

c. Vaksinasi iaitu rekod vaksinasi yang telah diambil yang bukan sebahagian

 

 

Bagi mereka yang rnenjalankan saringan kesihatan yang diketolakan oleh agensi-Prrotect Health Corporation Sbd Bhd (PH Corp) melalui program PeKa B40, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Health Screening Program (HSP), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan lain-lain lagi, maklumat saringan kesihatan anda hanya akan dipaparkan dalam MySejahtera dalam masa terdekat.

Amalan makan suku suku separuh boleh susut berat badan, kawal tekanan darah

Antara maklumat saringan kesihatan asas yang dipaparkan di MySejahtera adalah berat badan, Indeks Jisim Tubuh (BMI), kumputan darah, kolesterol dalam darah, gula dalam darah, tekanan darah dan ringkasan dari hasil pemeriksaan bersama doktor termasuk keputusan ujian makmal. Maklumat saringan yang lain boleh dimuat naik ke dalarn MySejahtera, tetapi ini adalah bergantung kepada jenis saringan yang anda lakukan.

Iklan

Rekod Saringan Kesihatan dan Imunisasi Bagi Kesihatan Swasta

Bagi mereka yang menjalankan saringan kesihatan sendiri dan bukan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau pun yang telah mendapatkan suntikan imunisasi di fasiliti kesihatan swasta, rekod saringan kesihatan atau imunisasi anda boleh di muat naik di MySejahtera sekiranya fasiliti kesihatan yang dikunjungi menggunakan sistem MyVAS.

MyVAS adalah satu sistem yang digunakan oleh lebih daripada 4,000 fasiliti kesihatan yang sebelum ini turut terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kini diguna pakai untuk Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan dan Program Imunisasi Kebangsaan.

Namun begitu, terpulang kepada fasiliti kesihatan swasta sama ada mereka ingin memuat naik maklurnat anda ke dalam MySejahtera. KKM amat mengalakkan mereka untuk berbuat demikian. Tiada bayaran yang dikenakan oleh KKM untuk maklumat saringan dan imunisasi dimuat naik ke dalam MySejahtera.

KKM memaklumkan dalam masa terdekat akan menawarkan pelbagai lagi perkhidmatan berkaitan kesihatan seperti tren kesihatan, tempahan temu janji, perkhidmatan konsultansi, input saingan kendiri, ikrar menderma organ, urusan berkaitan preskripsi atau ubat-ubatan dan lain-lain.

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan