JABATAN Meteorologi Malaysia (MET) mengumumkan negara kita sedang dalam permulaan fasa peralihan monsun yang dijangka bermula esok, 24 September.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, jabatan MET mengatakan bahawa negara akan menghadapi hujan lebat, angin kencang, dan ribut petir yang kemungkinan berterusan hingga awal November ini.

Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 18 Mei lalu.

Menurut kenyataan itu, semasa fasa perlihan monsun, cuaca yang berlaku adalah ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang dalam jangka masa singkat terutama waktu petang dan awal malam.

Artikel berkaitan: Awas banjir kilat ketika fasa peralihan monsun

Keadaan cuaca ini juga boleh menyebabkan banjir kilat dan merosakkan infrastruktur yang tidak stabil.

Iklan

Sebilangan besar tempat terlibat adalah negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, termasuk pantai barat Sabah dan Sarawak.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada berada di kawasan lapang, menjauhi struktur yang tidak kukuh serta tidak menyentuh objek besi, barang atau kabel elektrik semasa berlakunya ribut petir.

Iklan

Jadi, awas! bahaya ada di mana-mana.