Awas, denda RM1,000 atau penjara jika berbasikal di lebuh raya

A
A
A

MELALUI laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) @PolisDirajaMalaysia telah memuat naik status berkaitan dengan aktiviti berbasikal yang kini menjadi trend di kalangan masyarakat kita.

Berbasikal tidak ada masalah cuma yang kini menjadi masalahnya adalah apabila terdapat penunggang yang membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Ini boleh dilihat apabila terdapat segelintir peminat sukan basikal ini yang didapati berbasikal di lebuh raya. Perkara ini jelas mengganggu kelancaran dan mengundang bahaya.

Awas, denda RM1,000 atau penjara jika berbasikal di lebuh raya

Oleh itu, pihak PDRM menasihatkan orang ramai yang kini menjadikan berbasikal sebagai hobi supaya mematuhi arahan larangan berbasikal di lebuh raya.

Sekiranya korang ingkar larangan tersebut, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan yang tertentu.

Artikel berkaitan: Basikal berjenama ‘tak selamat’ dah makin panas!

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Jadi korang nak mana? Denda RM1,000, penjara atau kedua-duanya sekali atau ikut arahan pihak PDRM.

#SembangTrafikPDRM

#PolisDirajaMalaysia

#RoyalMalaysiaPolice

#PDRM

Awas, denda RM1,000 atau penjara jika berbasikal di lebuh raya

Remaja obses PUBG, wang bersara datuk pun ‘dirembat’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca