AWAS wanita, sebagai pengguna jalan raya, perlu cakna tentang undang-undangnya. Jangan hanya kerana kesalahan kecil didenda dan dipenjara.

Anda tentu biasa menjumpai garisan putih terutama di persimpangan lampu isyarat. Jangan pandang remeh dan sesuka hati berhenti di ruangan ini kerana anda mungkin disaman pihak berkuasa.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Julai 2023 telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung pelaksanaan Op Pematuhan Peraturan Lalu di seluruh negara.

Baca juga: Lari dari roadblock, lelaki sidai tunang atas Jambatan Pulau Pinang, ini kronologi kejadian

Kredit foto: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Salah satu daripada operasi yang dijalankan adalah berkaitan dengan garisan putih. Ia termaktub dalam Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) – Tidak Boleh Memberhentikan Kenderaan Di Lintasan yang menyatakan bahawa:

– Pemandu kenderaan tidak boleh menyebabkan kenderaan atau mana-mana bahagian kenderaannya berhenti di dalam kawasan lintasan melainkan sama ada dia dilarang daripada bergerak oleh keadaan yang di luar kawalannya atau jika perlu baginya untuk berhenti bagi mengelakkan kemalangan.

– Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak berhenti melebihi garisan putih kerana perbuatan ini adalah salah satu punca berlakunya kesesakan lalu lintas, kemalangan dan juga boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Baca juga: Isteri meninggal dunia kemalangan, suami rayu orang awam kongsi rakaman ‘dashcam’

Selain itu, PRDM turut mengingatkan tentang perbuatan tidak mematuhi lampu isyarat.

Kesalahan tersebut di bawah Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (LN 167/1959) – Tidak Mematuhi Lampu Isyarat Merah yang menyatakan bahawa ;

– Kesalahan tidak mematuhi peraturan yang ditunjukkan lampu isyarat apabila pengguna kenderaan bergerak melebihi garisan berhenti bersama dengan isyarat-isyarat sehingga isyarat hijau ditunjukkan.

– Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

“Melanggar lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama atau sering dilakukan sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa.

Iklan

“Justeru, JSPT PDRM menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi,” katanya.

Sama-samalah kita mematuhinya dan berjaga-jaga dengan tindak-tanduk di jalan raya.

Jangan mengundang bahaya kepada diri dan pengguna yang lain.

Baca juga: ‘Terbaik abang polis’- Polis trafik kendong warga emas pengsan tepi jalan, warganet tersentuh

Iklan

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang