ROADBLOCK atau sekatan jalan raya seringkali dielakkan oleh pengguna jalan raya. Adakalanya walaupun kenderaan tidak menyalahi undang-undang, ia mengundang kesesakan lalu lintas.

Pernah tak kalian dengar peribahasa sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan? Tapi dalam kes yang penulis nak kongsi ini belum sempat bergelar isteri dah kena tinggal.

Seorang lelaki di Pulau Pinang sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh dari motosikal ketika melarikan diri daripada sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.

Baca juga: ‘Terbaik abang polis’ polis trafik kendong warga emas pengsan tepi jalan, warganet tersentuh

Gambar hiasan (kredit foto: Freepik)

Berikut kronolgi insiden itu:

1-Diceritakan oleh Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa, kejadian yang berlaku jam 9.45 malam itu bermula apabila pasangan berkenaan yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 diarahkan berhenti untuk pihaknya melakukan pemeriksaan.

2-Daripada maklumat dikongsikan, wanita itu mengakui lelaki itu adalah tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai menuju ke pusat bandar.

3-Menurut Adenan, ketika pihak penguat kuasa mengarahkan penunggang membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki itu bertindak melarikan diri dengan membuat pusingan U.

Baca juga: Haram tuntut pemberian hadiah jika putus tunang. Ramai yang keliru tentang hal ini

4-Tindakan mengejut lelaki itu mengakibatkan tunangnya terjatuh dari motosikal. Lelaki itu tidak peduli dengan wanita berkenaan dan terus memecut laju motosikal menghala ke bahagian pulau.

5-Wanita 20-an itu yang dipercayai membonceng motosikal yang ditunggang tunangnya mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan dan kaki.

6-Tapi belum sempat diberikan rawatan awal, wanita itu pula yang melarikan diri.

7-Kata Adenan, lelaki berkenaan bermungkinan tidak mempunyai lesen memandu atau cukai jalan tamat tempoh hingga menyebabkan bertindak nekad melarikan diri.

8-Op Motosikal Khas di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Geram kereta laju jalan kampung, aksi lelaki ‘tembak’ speed trap buat netizen terhibur

Tip hadapi sekatan jalan raya

Apa yang perlu anda lakukan di roadblock? Jangan gelabah atau panik, berikut adalah beberapa perkara perlu dibuat:

1-Siap sediakan dokumen anda
2-Perlahankan kenderaan dan berhenti apabila diminta
3-Beratur mengikut giliran, ikut arahan jika diminta berhenti
4-Jangan terlalu risau, kekal tenang
5-Cuba bertenang sekiranya anda tidak melakukan sebarang kesalahan

Iklan

Baca juga: Ini 7 kesalahan trafik tak dikompaun ketika Tahun Baru Cina

Sumber: Facebook JPJ Pulau Pinang, Sinar Harian

ayari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi