BAGI pengguna jalan raya yang pernah mendapat ‘surat cinta’ dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), ini berita baik buat korang.

Korang kini boleh menarik nafas lega apabila diskaun 70 peratus ditawarkan bagi pembayaran saman yang dikeluarkan jabatan itu bermula hari ini sehingga 11 Jun 2021.

Sempena Ulang Tahun ke-75, JPJ bersetuju untuk memberikan tawaran 70 peratus pengurangan saman JPJ atau diskaun kepada semua saman kecuali untuk kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah.

Diskaun ini adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ.

Tawaran pengurangan atau diskaun ini berakhir pada 11 Jun 2021 iaitu selama 60 hari.

Tawaran ini juga diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan seperti;

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya,
  • Termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh
yang dinyatakan sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitamkan, pesalah dikehendaki untuk hadir semua ke pejabat JPJ bagi tujuan proses pengdokumentasian semula, sebelum sebaran urusan pembayaran (diskaun) notis saman dapat dilakukan.

Urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat di semua pejabat JPJ (Negeri, Cawangan dan UTC), di Kiosk atau melalui portal JPJ yang boleh dibuat secara online di www.jpj.gov.my

Dengan tawaran diskaun 70% saman JPJ ini pastinya sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda kepada masyarakat disebabkan pandemik Covid-19 ini.

Ayuh langsaikan saman sementara JPJ tawarkan diskaun 70 peratus!

Ini cara semak saman JPJ dan polis trafik;

1. Melalui portal MyEG

Portal MyEG menyediakan pelbagai servis antaranya adalah semakan saman JPJ, Polis Trafik, AWAS atau AES dan juga memperbaharui lesen.

Boleh layari: www.myeg.com.my

2. Melalui portal JPJ

Untuk saman JPJ & AES, korang boleh terus buat semakan tanpa mendaftar atau login.

Semakan boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kereta.

Iklan

Boleh layari: di www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman

Baca juga [VIDEO] Menangis ketika naik tangga, lelaki ini kongsi tahan azab hadap gout menyerang kepala lutut

3. Melalui MyBayar Saman

Ini merupakan kaedah terbaru bagi membuat semakan saman polis trafik serta boleh membuat terus pembayaran.

Cara untuk semak saman menggunakan MyBayar Saman, layari mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi di Android atau iOS.

4. Menggunakan SMS

Iklan

Selain semakan secara online, orang ramai juga boleh buat semakan menggunakan khidmat pesanan ringkat (SMS) bagi saman JPJ dan polis trafik.

Setiap semakan akan dikenakan caj RM0.20

Taip JPJ Saman <jarak> No IC atau No Kenderaan dan hantar ke 15888

Contoh:
JPJ Saman 910903104354
JPJ Saman CDD8231

Justeru, rebutlah peluang untuk melangsaikan saman yang ada dalam waktu ini.

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan