[VIDEO] Menangis ketika naik tangga, lelaki ini kongsi tahan azab hadap gout menyerang kepala lutut

A
A
A

PENYAKIT gout merupakan salah satu masalah yang sering dibincangkan dan banyak melanda dalam masyarakat kita.

Sesiapa yang mempunyai masalah berkenaan sudah tentu akan mempunyai masalah untuk bergerak disebabkan sendinya sering keradangan dan bengkak.

Pada masa sama, pesakit juga akan mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian sendi yang terlibat sekali gus menyukarkan proses untuk berjalan.

Meskipun penyakit gout dianggap sebagai penyakit keturunan, terdapat ramai pesakit gout yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidapnya.

Pastinya, penulis yakin, hanya pesakit gout sahaja yang tahu betapa sakitnya ketika diserang masalah gout.

Berkisar mengenai itu, baru-baru ini seorang pengguna Tik Tok, Nizam menerusi akaun @NizamNasran berkongsi mengenai pengalamannya diserang gout sehingga dirinya mengalami kesukaran untuk mendaki tangga.

Katanya, kepala lututnya telah diserang gout dan kesan kesakitan dirasai pada bahagian kaki hingga ke lutut.

"Saya terpaksa menguatkan diri sementara menunggu kereta e-hailing tiba bagi membawa saya ke hospital," katanya menerusi video berkenaan.

Buat masa ini, kata Nizam, beliau hanya duduk seorang diri sahaja memandangkan rakan serumahnya kini berada di kampung halaman.

Selain itu, Nizam juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya agar kembali pulih seperti sedia kala.

https://www.tiktok.com/@nizam_nasran/video/6949718001671277825?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6949718001671277825&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Menjejaki ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa simpati selain menzahirkan rasa memahami terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Nizam.

Bukan itu sahaja, ada di antara mereka yang tampil memberi nasihat tentang cara-cara rawatan awal yang boleh dilakukan jika mengalami masalah gout.

Artikel berkaitan: Jangan biarkan gout ganggu kehidupan kita. Berikut petua makanan yang perlu dielak dan digalakkan

Berikut antara komen-komen yang dilontarkan oleh orang ramai:

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca