Badan kuat berpeluh sampai berbau? Ini makanan wajib dielak

RAMAI dalam kalangan kita yang mungkin mengalami keadaan ini namun tidak tahu apa punca peluh berbau busuk sebenarnya.

Apa yang sering dipersalahkan adalah penggunaan sabun mandi atau deodoran ketiak yang tidak sesuai dengan kulit.

Ya, mungkin benar ia adalah antara punca keadaan tidak menyenangkan ini berlaku.

Namun persoalannya, wujudkah punca peluh berbau busuk yang lain dan bagaimana untuk menghilangkannya?

Apa punca peluh berbau busuk?

Bau busuk peluh itu datangnya daripada bakteria yang merebak dan membiak di kawasan tertentu pada badan manusia.

Menurut pelbagai kajian, bau busuk itu akan mula timbul apabila bakteria terbabit mula mengurai peluh dan protein pada kulit menjadi asid.

Antara kawasan kulit yang sering berbau akibat kewujudan bakteria adalah;

  • Kemaluan
  • Ketiak
  • Kaki
  • Pusat
  • Lubang dubur
  • Belakang telinga

Apa yang menariknya, bau badan kita semua ini adalah unik serta spesifik pada individu dan ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Inilah puncanya mengapa kadangkala ada orang yang mengatakan bahawa mereka mengenali dan mengingati bau badan anda.

Namun, bagaimana pula jika peluh berbau busuk itu keterlaluan sehingga menyebabkan orang lain tidak selesa?

Faktor risiko peluh berbau busuk?

Punca peluh berbau busuk adalah disebabkan oleh kewujudan bakteria.

Bakteria ini tinggalnya di dalam kelenjar apokrin atau kelenjar peluh yang biasa dikaitkan dengan bau badan manusia.

Ya, bau badan itu memang normal dan setiap orang ada bau tersendiri, namun mungkin ada faktor risiko lain jika bau yang keluar berlebihan!

Baca juga Mandi ketika berpeluh bukan punca panau, ini rawatan dan cara elak

Kredit foto: freepik

Antara faktor risiko peluh berbau busuk yang disebabkan oleh aspek kesihatan termasuklah;

  • Akil baligh
  • Genetik
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Hiperhidrosis
  • Stres

Faktor risiko lain pula yang disebabkan oleh tabiat di dalam kehidupan seharian iaitu;

  • Tidak menjaga kebersihan diri
  • Penyalahgunaan produk
  • Pengambilan ubatan tertentu
  • Kerap makan pedas
  • Sering minum alkohol
  • Pemakanan
  1. Buat pencinta makanan pedas, mungkin kalian perlu berfikir banyak kali sebelum mengambil ayam goreng pedas kegemaran anda itu.
  2. Ini kerana rempah seperti bawang atau cili yang membuat makanan menjadi panas seterusnya akan memerlukan tubuh badan anda untuk mengeluarkan gas yang mengandungi sulfur untuk menguraikannya.
  3. Ia kemudiannya akan berada dalam darah lantas menjadi antara dalang peluh badan berbau.
  4. Begitu juga dengan mereka yang gemar minum minuman keras. Minuman ini akan mengalir dalam darah anda selepas diminum lalu menyebabkan mekanisme badan menganggapnya sebagai toksin.
  5. Oleh itu, badan anda akan cuba mengeluarkannya secepat mungkin. Hati adalah tempat di mana alkohol mengalami proses metabolisme dan selepas itu, disalurkan kepada pundi kencing.
  6. Jika pengambilan alkohol adalah lebih tinggi berbanding kapasiti hati, ia akan mengakibatkan peluh dan nafas anda berbau.

Tangan sering berpeluh? Anda mungkin terkena tujuh penyakit ini

Baca juga Rendam kaki, sapu lidah buaya boleh bantu sejukkan badan! Cuba 4 teknik ini rasa segar musim panas

Iklan

Bagaimana untuk elak peluh berbau busuk?

Sekiranya anda atau orang sekeliling sudah tidak tahan lagi dengan peluh berbau busuk yang kalian alami, sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera.

Perkara paling penting adalah segera berjumpa doktor untuk merawat kondisi kesihatan yang boleh menyebabkan peluh berbau.

Kemudian, sila ubah cara hidup anda dengan lebih menjaga kebersihan diri dan menggunakan produk yang tepat.

Bukan itu sahaja, perhatikan juga tabiat pemakanan dan cuba kurangkan mengambil makanan pedas serta minuman alkohol.

Prosedur penyuntikan dan pembedahan

Iklan

Sekiranya masalah dan punca peluh berbau busuk yang kalian alami itu masih berlaku malahan bertambah teruk, maka prosedur lebih besar perlu dijalankan.

Dapatkan pandangan doktor sama ada kalian perlu melakukan dua prosedur untuk mengurangkan pengeluaran peluh ini;

  • Penyuntikan – Sejenis toksin terkawal bernama Clostridium botulinum akan disuntik ke dalam kawasan kulit tertentu yang sering berbau seperti ketiak.
  • Pembedahan – Prosedur endoscopic thoracic sympathectomy (ETS) boleh dicuba untuk memusnahkan saraf mengawal peluh pada kawasan kulit tertentu.

Semoga bermanfaat!

Baca juga Tak perlu berpeluh-peluh, bersusah payah untuk membersihkan rumah. Vakum pintar Dreame hadir jadi penyelamat 

Sumber: Hello Health Group

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!