Badan mudah kena sakit, elak 5 tabiat remeh ini

Badan mudah kena sakit, elak 5 tabiat remeh ini
Badan mudah kena sakit, elak 5 tabiat remeh ini
A
A
A

KEADAAN tubuh badan yang mudah sakit tentu sekali mengganggu pelbagai aktiviti harian.

Ketahanan badan seseorang juga berbeza. Ada yang mudah demam, selsema dan batuk.

Namun, kadang-kadang kita boleh jangka keaadan itu dan berusaha untuk mengubah tabiat yang biasa kita buat.

Salah satunya adalah dengan mengubah tabiat remeh yang menjadikan tubuh mudah jatuh sakit.

Menurut portal eat this, ini adalah perkara-perkara yang dapat membuat badan seseorang cepat sakit;

1. Stres

Tekanan boleh melemahkan sistem imun. Ketika stres, otak meningkatkan pengeluaran hormon stres kortisol, yang dapat merosakkan sel T (komponen dalam darah yang melawan jangkitan).

Menurut American Cancer Society, orang yang mengalami tekanan lebih cenderung terkena selesema biasa.

2. Selalu minum alkohol

Alkohol yang masuk ke dalam badan akan berubah menjadi Asetaldehid (racun kuat).

Acetaldehyde dapat menghalang paru-paru untuk membuang mikroba dari tubuh dan mengurangkan kemampuan sel darah putih untuk membunuh bakteria dan virus.

Artikel berkaitan: [VIDEO]Cara mudah nak cuci bekas plastik berminyak

3. Pengambilan gula terlalu banyak

Gula menyebabkan keradangan badan, yang dapat melemahkan sel darah putih.

Sel darah putih berfungsi untuk melawan jangkitan.

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan agar lelaki makan tidak lebih daripada 9 sudu teh (36 gram) gula tambahan setiap hari dan wanita tidak lebih daripada 6 sudu teh (24 gram).

4. Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan dapat mengelakkan sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melawan keradangan di dalam badan.

Dalam kajian haiwan yang dilakukan di University of North Carolina, para penyelidik mendapati bahawa tikus gemuk 10 kali lebih mungkin mati ketika dijangkiti virus selesema, daripada tikus dengan berat badan normal.

5. Kurang tidur

Semasa kita tidur, badan melakukan beberapa proses untuk memperbaiki dan mengecas semula badan.

Salah satunya adalah memastikan sistem ketahanan badan terjaga.

Semasa tidur, tubuh menghasilkan protein inflamasi yang disebut sitokin, berfungsi mengisi semula pelbagai sel dan antibodi yang melawan penyakit.

Sekiranya anda tidak cukup tidur, itu boleh menjadi sebab anda dapat demam dan selesema.

Oleh itu, sama-sama kita ubah tabiat yang tanpa sedar ini boleh buatkan kita cepat jatuh sakit.

Nikmat sihat tak boleh dibeli guys!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca