MEREKA yang memiliki rumah yang diperbuat daripada kayu atau mempunyai pelbagai perabot kayu di rumah perlu berhati-hati dengan anai-anai.

Anai-anai atau ada juga yang memanggilnya anai sahaja adalah serangga yang membuat sarang di dalam tanah ataupun kayu.

Ramai yang tahu anai-anai makan kayu, tapi selain tu, mereka juga memakan benda lain yang dikategorikan sebagai bahan lignoselulosa iaitu bahan yang kaya dengan bahan organik seperti:

  • Rumput
  • Daun kering
  • Tumbuhan rendah yang mati
  • Humus

Selalunya orang memang tak perasan kalau ada anai-anai sebabnya ia memakan bahagian dalam kayu dan bergerak pun kat belakang struktur kayu tu sendiri.

Jadi, bila dapat tahu ada anai-anai dalam rumah, biasanya memang barang sudahpun rosak teruk.

Anai-anai akan menyerang kawasan rumah dengan masuk ke dalam jurang antara lantai dan dinding atau retakan yang ada.

Selain daripada itu, anai-anai juga boleh membuat laluan lain untuk masuk ke rumah menggunakan saluran eletrik, saluran kabel telefon dan saluran paip.

Disebabkan susah untuk tahu kalau ada anai-anai dah masuk bersarang dalam rumah, sangatlah penting untuk korang peka dengan keadaan di sekeliling rumah.

Antara tanda-tanda yang anai-anai sudah berada dalam rumah adalah;

1. Warna kayu berubah

Ada kemungkinan yang anai-anai sudah mula menyerang jika warna pada kerangka pintu dan tingkap atau lantai paquet dah mula berubah warna.

Warna coklat gelap pada tempat-tempat tersebut selalunya akan bertukar menjadi warna coklat cair jika ada anai-anai.

2. Laluan anai-anai

Korang boleh mengesan laluan ni pada dinding rumah selalunya. Akan nampak seperti satu laluan panjang bersaiz pensil muncul keluar dari perabot kayu atau kerangka pintu dan tingkap.

3. Ada kalkatu berterbangan

Kalkatu selalunya menandakan yang di tempat itu ada anai-anai bersarang. Perhatikan di kawasan mana yang kalkatu selalu keluar dan makan dan kita akan dapat mencari anai-anai dalam rumah.

4. Jumpa rekahan atau lubang

Cuba gunakan pemutar skru untuk mengetuk perlahan pada kawasan kayu untuk mengesan lubang. Tengok dengan teliti kalau ada apa-apa rekahan pada kerangka berkayu dan kalau bunyi ketukan berbeza pada tempat tertentu.

Kalau terjumpa selut berpasir di rekahan itu, memang rumah korang sah sudah diserang anai-anai.

Bahayanya anai-anai, ini cara menghapuskannya guna bahan semula jadi

Untuk menghapuskan anai-anai selain menggunakan racun atau ubat anai anai, boleh menggunakan petua secara semula jadi menggunakan bahan-bahan yang mudah ini;

1. Air cucian beras

Yang ni memang sangat mudah nak dapat sebab boleh kata hari-hari rakyat Malaysia ni basuh beras untuk masak nasi.

Hanya perlu ambil air pertama dari basuhan beras dan siram pada sarang anai-anai. Cara ni dapat memusnahkan harapan anai-anai dari terus membuat sarang.

2. Garam dapur

Garam pun senang kan nak dapat? Hanya perlu taburkan je garam dapur pada tempat anai-anai bersarang.

Kalau nak lagi berkesan kena campur garam dan air, lepas tu biarkan dulu semalaman sebelum disembur ke kawasan sarang anai-anai.

Bila campur dengan air, garamnya lagi menyerap masuk sampai ke dalam sarang tu jadi lagi banyak lah anai-anai akan mati.

Iklan

Bahaya anai-anai, ini cara hapus guna bahan semula jadi

3. Minyak Tanah

Jangan buat tak tahu yang minyak tanah ni bukan boleh guna untuk membakar je!

Korang juga boleh semburkan minyak tanah pada sarang anai-anai atau pada kayu yang telah diserang oleh anai-anai untuk membunuh dan menghalaunya.

Tapi, bau minyak tanah ni boleh menjadi sangat kuat, jadi tak sesuai untuk guna dalam rumah.

4. Air kapur sirih

Kapur dikatakan bersifat panas, jadi air daripada kapur sirih akan membakar kulit anai-anai yang nipis dan lembut.

Hanya perlu membuat air kapur sirih dan siramkan pada sarangnya atau atas kayu yang diserangnya.

5. Tembakau

Iklan

Tembakau ni mungkin tak ramai yang ada, tapi memang dapat membantu untuk menghalau anai-anai.

Hanya campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman, sebelum menyiram air campuran tersebut pada kayu yang dah diserang atau terus atas sarang anai-anai.

Tak kiralah korang ingin mencuba racun atau petua semula jadi untuk menghapuskan anai-anai, tapi yang pentingnya kita tak boleh biarkan ia terus membiak di rumah.

Baca juga Rebut peluang skim perumahan belia BSN MyHome-i, tahun ini masih dibuka

Anai-anai ni bukan boleh merosakkan harta benda, tapi boleh menyebabkan kos pembaikan yang tinggi jika kerosakannya di tahap kritikal.

Semoga bermanfaat!

Sumber: propertyguru