BERITA baik buat golongan muda, korang boleh rebut peluang untuk membeli rumah pada tahun ini.

Bagi individu bujang atau belia yang telah berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun serta belum memiliki rumah pertama, korang boleh memohon Skim Perumahan Belia BSN (Youth Housing Scheme YHS).

Skim Perumahan Belia BSN ini diperkenalkan bagi membantu pasangan suami isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan berpendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim Perumahan Belia adalah insentif kerajaan Malaysia dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama pintar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Cagamas.

Pasangan belia yang sudah berkahwin disarankan mengambil peluang ini sebaik mungkin dengan mengemukakan permohonan kerana Skim Perumahan Belia BSN terhad kepada 20,000 pembeli pertama sahaja serta berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’.

Tarikh permohonan telah dibuka pada 1 Januari 2020 dan akan berakhir pada 31 Disember 2021 ini.

Tarikh ini telah dilanjutkan berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020.

Antara syarat permohonan adalah seperti;

1. Warganegara Malaysia berusia dari 21 tahun hingga 45 tahun

2. Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM10,000

3. Hanya untuk pemilikan hartanah pertama sahaja.

4. Permohonan secara perseorangan atau secara bersama

Iklan

5. Memiliki bukti pembelian / pemilikan hartanah

6. Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i

Baca juga Tak sampai 30 minit kedai dibuka, Pasar Payang diserbu pengunjung!

Iklan

Antara manfaat dan kelebihan Skim Perumahan Belia BSN;

1. Antara KA + 0.60 sehingga KA + 1.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.

2. Untuk amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%.

3. Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM200 untuk pelanggan bagi dua tahun pertama bermula daripada pengeluaran pinjaman yang pertama.

4. Pembiayaan sehingga 100 peratus harga pembelian / harga pasaran yang mana lebih rendah dan sehingga 5 peratus harga pembelian bagi MRTA.

5. Pengecualian pembayaran duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000. Tempoh pengecualian adalah selama 2 tahun sehingga Disember 2020.

6. Pembiayaan sehingga maksimum RM500,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 35 tahun atau umur maksimum 70 tahun.

Rebut peluang skim perumahan belia BSN MyHome-i, tahun ini masih dibuka

Bagi korang yang berminat boleh dapatkan keterangan lanjut berhubung dengan Skim Perumahan Belia/-i, sila kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran atau layari laman web di www.mybsn.com.my atau hubungi talian hotline khidmat pelanggan BSN di 1300-88-5465.

Rebut peluang yang ada. Mana tahu rezeki korang memiliki rumah sendiri pada tahun ini.