Banyak minum teh tarik, Coca Cola, lelaki disahkan kencing manis & potong kaki pada usia muda

WALAUPUN baru usia muda, seorang lelaki mendedahkan dirinya telah disahkan menghidap kencing manis dan dipotong kakinya.

Individu yang dikenali Lan itu kini berusia 55 tahun mendedahkan yang kakinya terpaksa dipotong sejak usia muda lagi akibat terlalu banyak minum teh tarik.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, ujarnya dia boleh minum minuman yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia itu tiga hingga empat gelas sehari.

Akibat minum teh tarik terlalu banyak, Lan kemudian disahkan menghidap kencing manis seawal usia 20-an.

Menurutnya, dia sering menikmati teh tarik baik sejuk mahupun panas dan kadang-kala turut membungkus minuman tersebut untuk diminum ketika memandu.

Baca juga Teh masala kaw lemak manis berkrim, memang terasa nikmatnya. Ini langkah senang nak buat

 

Selain itu, Lan mengakui yang jadual makannya juga tidak teratur. Dia kadang-kala akan makan lewat, sekitar pukul 3 pagi.

Tidak hanya menggemari teh tarik, Lan juga tidak gemar minum air masak.

“Kadang-kala, selepas minum teh tarik, saya akan minum Coca-Cola. Saya jarang minum air kosong,” katanya.

Iklan

Baca juga Teh panas elok diminum ketika cuaca terik? Ini makanan & minuman terbaik penghilang dahaga

Ketika usianya menginjak 40-an, kesihatan Lan semakin merosot. Dia mengalami luka kecil pada kaki akibat terkena paku.

Namun, luka tersebut semakin parah dan dia terpaksa menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, akibat keadaan kaki yang teruk, doktor mencadangkan supaya kedua kakinya itu dipotong.

Iklan

Sumber: Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!