Banyak perkara isteri berlembut namun awas suami jika buat 5 perkara ini

Banyak perkara isteri berlembut namun awas suami jika buat 5 perkara ini
Banyak perkara isteri berlembut namun awas suami jika buat 5 perkara ini
A
A
A

WANITA diciptakan dengan penuh kelembutan. Makhluk Allah ini boleh berlembut dalam banyak perkara.

Kadang-kadang ada juga perkara yang melebihi batas kelembutan mereka tetapi tetap kekal berlembut lagi.

Ini kerana mereka adalah golongan yang suka memberi ruang dan peluang untuk orang yang mereka sayang.

Tetapi, itu bukan jaminan yang mereka akan terus 'berlembut' sampai bila-bila.

Jika mereka sudah hilang 'kelembutan' tersebut, maka yang membuatkan mereka menjadi begitu mungkin daripada sikap suami sendiri.

Dalam banyak sikap suami dihadapi kaum isteri, lima perkara ini yang mereka tidak boleh berlembut;

1. Curang

Ranking pertama di antara kesemua perkara dan total zero tolerate untuk kecurangan. Tiada wanita yang bleh terima dengan berlapang dada dan terbuka bila ianya

melibatkan perbuatan curang.

Ada sahaja orang ketiga dalam hubungan yakni wanita lain, maka 'its a big NO' untuk berlembut.

Sifat yang suami tak pernah tengok pada isteri pun tiba-tiba boleh ada kalau mereka tahu pasangan curang.

2. Menipu

Kalau balik lambat sebab singgah melepak dengan kawan-kawan isteri boleh terima sebab berterus terang.

Kalau guna duit bonus untuk tukar rim kereta pun isteri boleh terima lagi sebab jujur. Asal jangan menipu.

Duit habis tak nampak benda, tak nampak apa-apa. Bila ditanya bagi alasan bukan-bukan. Macam-macam, akhirnya isteri tahu duit tu guna untuk berjudi, main MLM,

beli topup game. Kebenaran itu walaupun pahit isteri tetap terima asal tak menipu.

Isteri tuntut cerai kerana suami ikut cakap dukun

3. Tak sedar dek untung

Maksudnya tak sedar diri. Bila setiap bulan dibantu, hutang dibayar, beban diringankan, keje dibuat dan si lelaki makin selesa. Sesenang je dia tambah komitmen,

hutang, belanja mewah untuk diri sendiri, banyak masa untuk diri sendiri dan tak membantu langsung dalam kerja-kerja rumah.

4. Ambil bahan terlarang

Ketum, arak, dadah, syabu, pil kuda, gam cap senapang. Fikiran sentiasa tak waras dan 'high'. Satu keje pun takleh buat. Tunjuk contoh yang tidak baik untuk masyarakat sekeliling terutamanya anak sendiri. Ada wanita yang dengan sukarelanya melaporkan kepada pihak berkuasa bila pasangannya dah 'addicted' kepada bahan terlarang.

Baca juga Lelangit terbakar akibat makanan panas, ini 5 tip mudah untuk merawat

Akibat cemburu, isteri tikam suami rupanya gambar diri sendiri

5. Abai nafkah, culas tanggungjawab, lupa kewajipan

'3 IN 1'... Hak yang patut seorang wanita dapat tapi tak dapat. Tugas yang sepatutnya seorang lelaki buat tapi dia tak buat. Walaupun isteri diam, malas nak ungkit, cakap dan tegur, tapi ketahuilah yang isteri tidak akan berlembut tentang soal yang wajib untuk dipenuhi dan ditunaikan oleh seorang lelaki yang bergelar suami.

Renung-renungkan... semoga bermanfaat!

Sumber: Firdaus Shakirin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca