HARAPKAN pagar, pagar makan padi! Begitu perumpamaan yang sesuai boleh diletakkan kepada seorang bapa yang sanggup ‘merosakkan’ anak kandung sendiri demi nafsu serakah.

Di manakah ihsan kemanusian dan kasih sayang seorang bapa yang sepatutnya mendidik serta memberi perlindungan terbaik buat anak-anak?

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kejam dan durjana! Kedua-dua anak gadis dicabul dan dirogol!

Itu yang terjadi di Sabah. Seorang bapa dihukum penjara 20 tahun dengan lapan sebatan selepas mengaku bersalah mencabul dan merogol dua anak kandungnya dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Tawau, semalam.

Menurut laporan media tempatan, ini fakta kes berkenaan;

1. Pengakuan itu dibuat tertuduh yang merupakan warga Indonesia berusia 50 tahun di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

2. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang bekerja sebagai buruh ladang di Kalabakan itu didakwa mencabul dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik dalam rumah tidak bernombor pada penghujung Ogos 2020 jam 10 malam.

Baca juga [VIDEO]Ayah terjumpa anak tengah kerja ‘drive-thru’ bikin ramai jurai air mata

Iklan

3. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang sama didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun di rumah yang sama pada penghujung Januari 2021 lebih kurang jam 11 malam.

4. Menurut fakta kes, mangsa yang berusia 15 tahun menghubungi bapa saudaranya yang berada di Keningau pada 22 Disember 2021 dan memaklumkan mengenai perlakuan tertuduh ke atas mangsa.

5. Malah, mangsa turut memberitahu bapa saudaranya bahawa tertuduh mengugut untuk membunuh kakaknya dengan tombak sekiranya cuba membuat aduan.

Pengalaman dalam penjara: “Jaga solat, insyaAllah solat akan jaga kita”

Iklan

6. Bimbang akan keselamatan anak buahnya, pengadu bertindak datang ke rumah mereka dan membuat laporan polis setelah mengetahui kedua-dua mangsa telah dirogol oleh tertuduh.

7. Sehubungan itu, tertuduh ditahan pada 11 Januari 2022 dan didakwa mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Baca juga Pengawal lalu lintas jadi hero selamatkan kanak-kanak walau hampir terkorban dilanggar pemandu cuai. Ini kronologi kes

8. Amir Shah seterusnya menjatuhkan hukuman 10 tahun dan empat sebatan kepada tertuduh bagi setiap pertuduhan dan hukuman dijalankan secara berasingan mengambil kira kepentingan awam serta trauma emosi kepada mangsa yang juga anak kandung tertuduh.

9. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan(YBGK), Jhassary Kang.